Seluruh warga SMK Sik mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Mohd Nasaruddin bin Darus (YDP PIBG SMK Sik) atas sumbangan dan jasa beliau memberi cetusan idea serta tunjuk ajar kepada pelajar serta guru SMK Sik dalam beberapa pertandingan yang disertai. Cetusan idea dan tunjuk ajar beliau telah membawa bin Adli mendeklamasikan sajak dalam Sayembara Bahasa Melayu Peringkat Antarabangsa yang berlangsung secara atas talian pada 19 April 2021. Selain itu atas tunjukm ajar beliau juga pasukan SMK Sik telah memenangi pingat perak dalam Pertandingan Festival Monolog Peringkat Negeri Kedah. Wakil SMK Sik terdiri daripada pelajar KPU.
Tuesday, February 22, 2022
Wednesday, January 26, 2022
PROGRAM KEBUDAYAAN BAHASA GERMAN PERINGKAT KEBANGSAAN
NUR SYAFIAH RIZALMAN DALAM PROGRAM KEBUDAYAAN BAHASA GERMAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Alhamdulillah ...... Para pelajar SMK Sik tidak lokek untuk menyertai banyak acara pada tahun 2021 walaupun tahun 2021 merupakan tahun yang mencabar di sebalik isu Covid-19. Hampir semua acara on-line yang disertai oleh pelajar-pelajar SMK Sik. Pendek kata pelajar-pelajar SMK Sik tidak mensia-siakan ruang penyertaan. Terbaharu peserta Nur Syafiah Rizalman telahmenyertai acara masakan German dalam bahasa German. Anak didik Cg. Marleena Izni ini bergaya dengan kepetahanya berbahasa German serta masakan yang menyelerakan. Glückwunsch Syafiah. SMK Sik ist großartig.
Tuesday, January 25, 2022
SMK SIK TEMPAT KE-2 E-TAZKIRAH ASRAMA HARIAN PERINGKAT KEBANGSAAN
SMK Sik memenangi tempat ke-2 dalam acara E-Tazkirah Asrama Harian peringkat kebangsaan dalam kartogeri lelaki. Pertandingan E-Mahrajan Asrama Harian Peringkat Kebangsaan TAHUN 2021. Acara tahunan ini diadakan secara maya pada tahun ini disebabkan kekangan masalah Covid-19. Tahniah SMK Sik.
Tuesday, January 11, 2022
TAHNIAH KRS SMK SIK
TAHNIAH KRS SMK SIK ATAS PENYERTAAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN
Sekalung tahniah kepada pasukan KRS SMK Sik
yang Berjaya menghantar penyertaan sehingga ke peringkat kebangsaan bagi
Cabaran Siber Pasukan Beruniform. 2 orang kadet KRS terpilih penyertaan ke
peringkat kebangsaan manakala 3 kadet Berjaya ke peringkat negeri. Sarjan (KRS)
Ahmad Zahiruddin bin Zulkiffli berjaya mewakili sekolah sehingga ke peringkat
kebangsaan dalam pertandingan membina gajet dengan tajuk gajet “Inovasi Dapur Boleh
Laras” https://www.youtube.com/watch?v=H2q9AWxUajM&t=26s
. Ahmad Zahiruddin mendapat tempat ketiga
peringkat negeri dan johan daerah Sik.Kpl Muhamad Zikril bin Ahmad pula mendapat
sijil penyertaan dalam katogeri hafazan. Muhammad Hafiz Faiz bin Mohammad Hasmi
turut tersenarai penyertaan ke peringkat negeri dalam katogeri video personal.
Di bawah ialah senarai penuh penyertaan.
Peringkt Kebangsaan
1. Ahmad Zahiruddin bin Zulkiffli
2. Muhd Zikril Hakim bin Ahmad
Peringkat Negeri
1. Ahmad Zahiruddin bin Zulkiffli ( tempat ke-3 Pertandingan Membina Gajet)
2. Muhd Zikril Hakim bin Ahmad
3. Muhammad Hafiz Faiz bin Mohammad Hasmi
Peringkat Daerah
1. Ahmad Zahiruddin bin Zulkiffli (Johan Pertandingan Membina Gajet dan Johan Pertandingan Video Personal)
2. Wan Nurkhairin Sofea bt Wan Izham (Johan Pertandingan Membina Gajet Puteri)
3. Muhammad Affiq Irfan bin Mohd Tazlan (Ke-3 Nyanyian Lagu Patriotik)
4. Muhammad Hafiz bin Mohd Hasmi
5. Muhd Zikril Hakim bin Ahmad
6. Nur Alya Darwisyah
7. Muhd Zikril Hakim
8.Ahmad Zahiruddin
9.Muhd Firdaus
10.Nur fatihah
11.Chong Li Yun
12. Ayuni Balqis
13. Muhd Akmal
SUMBANGAN KEBAJIKAN KRD
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT
Sumbangan kebajikan dari Kelab Rakan Didik SMK SIK 2021, kepada ahli kelab yang dimasukkan ke ward atas sebab kesihatan dan kehilangan ahli keluarga telah dapat dilaksanakan.
Terima kasih🌷
SANTAI MAJLIS HI-TEA RAKAN DIDIK 2021
TARIKH : 7 JANUARI 2022
MASA : 2.30PM - 5.30PM
TEMPAT : Mami Jijah VIP Palace
"SEMARAK KASIH SEHARUM KASTURI" majlis Hi-Tea Rakan Didik 2021, SMK Sik. Majlis disambut dengan pakaian bertemakan Arabic. Majlis secara sederhana makan sambil bersantai ini mendapat sambutan menggalakkan daripada kulawangsa SMK Sik. Hampir semua guru dan staf dapat hadir dalam majlis gilang-gemilang ini. Majlis juga diadakan bagi menyambut persaraan serta pertukaran guru. Guru yang bertukar ialah Cg Rohana dan UstazHafizi, guru ganti menamatkan perkhidmatan ialah Cg Anisah dan Cg Nur Farihin Nabila, manakala guru yang bersara pula ialah Pn. Zuraida Abdul Rahman.
Majlis dimulai dengan doa oleh Cikgu Hasbolla diikuti ucapan wakil guru yang akan bertukar serta guru yang akan bersara diikuti ucapan pengetua seterusnya makan-makan dan diselangi dengan penyampaian hadiah dan cenderamata. Cabutan bertuah menyediakan 2 hadiah utama yang menarik. Hadiah utama pertama berupa penginapan dua hari dua malam beserta candlelight dinner di Cinta Sayang Resort dimenangi oleh NoorZulhasrina bt Abu Bakar. Manakala hadiah utama kedua berupa Goldbar 100gm Orodesign dimenangi oleh Cg Suhaiza Ahmad.
https://photos.google.com/?tab=rq&pageId=none
Wednesday, May 26, 2021
PEMBELAJARAN MAYA KELAS 5ST5
Pembelajaran Maya Pelajar Kelas 5ST5
Video tutoril kelas maya oleh guru yang diupload ke dalam kelas Google CLassroom untuk pelajar kelas 5ST5. Tujuannya supaya pelajar dapat mengikuti kelas secara maya di rumah.
sekiranya pelajar menghadapi kesukaran mengakss Google Classroom akibat capaian internet terlalu lemah, maka pelajar boleh mengakses video melalui link di bawah.
Kita berusaha sedaya mampu untuk terus belajar dalam situasi internet yang terlalu lemah. selamat maju jaya.
Modul melalui Google Classroom.
Contoh penghasilan
MODUL05_PM06
Contoh Penghasilan dan Tutorial Menghasilkan fail
MODUL05_PM07
https://drive.google.com/drive/folders/1ddi-M0L6UajWpgfhCsGJDWjWyzavUDn5?usp=sharing
Fail yang boleh diakses melalui Youtube dan Google Classroom
MODUL 06 ~ ANIMASI
Modul06_PM08 - Melukis Watak Avatar
https://www.youtube.com/watch?v=PtaSfxNAHQ8
Modul06_PM08 - key proses dan in between
https://www.youtube.com/watch?v=q3b1j7W6BcA&t=590s
UMUM
Didik TV Road To Success 2021 Produksi Multimedia
https://www.youtube.com/watch?v=Jk6d6sVkPOI
Didik TV Road To Success 2020 Produksi Multimedia kertas 1
SYAIR AMALAN KETIKA PANDEMIK OLEH PELAJAR SMKSIK
Saksikan amalan pelajar SMK Sik mengawal pandemik dalam Syair Kelas Bestari Covid-19 Kita Mesti Menang.
KLIK LINK
https://www.youtube.com/watch?v=nq9xOXoQ7wE
Tuesday, May 11, 2021
KRS SMKSIK SAHUT CABARAN SIBER BADAN BERUNIFORM KE PERINGKAT NEGERI
KRS SEDIA SAHUT CABARAN SIBER KE PERINGKAT
NEGERI
Tahun 2021, pandemik Covid-19 tidak menghalang
unit beruniform KRS SMK Sik untuk menyahut cabaran Siber Unit Beruniform
peringkat kebangsaan. Pada saat ini cabaran siber telahpun melangkah ke peringkat
negeri. Tahniah kepada kaet KRS yang berjaya ke peringkat negeri. Bravo...
PERTANDINGAN AZAN (NEGERI)
Muhammad Zikril Hakim Bin Ahmad
040127020719
https://www.youtube.com/watch?v=yzBDe5TA-O0
VIDEO PERSONAL (NEGERI)
Ahmad Zahiruddin bin Zulkiffli
050213020175
Link : https://www.youtube.com/watch?v=l8ozweHK73o
LAGU PATRIOTIK (NEGERI)
Ayuni Balqis binti mohd saad
060303010164
Link: https://www.youtube.com/watch?v=UaOizzrLYt4
VIDEO CABARAN SIBER KENAIKAN PANGKAT SARJAN
NUR
SYAHIDA NAFISA BT HAIRUNIZAM
https://photos.app.goo.gl/mTDBmNt2VsEwzeJ4A
MUHAMMAD AIMAN BIN
MOHD AFFANDI
MUHAMMAD AKMAL
SHAFIQ
AHMAD ZAHIRUDDIN BIN
ZULKIFFLI
NUR ALYA DARWISYAH BT
MOHD SUHAIMI
Friday, April 9, 2021
MESYUARAT PIBG SMKSIK
MESYUARAT PIBG SMKSIK KALI KE-45 DALAM NORMA BAHARU
Tanggal 8 April 2021 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Sik kali ke-45 tetap diadakan dalam norma baharu. Mesyuarat kali ini diadakan di dewan yang ditempah khas bagi membolehkan suasana penjarakan sosial lebih baik. Mesyuarat diadakan di dewan Kak Ayu kg Banggol Kiat. mesyuarat diadakan pada pukul 3 petang dan berakhir sekitar pukul 5 petang. Mesyuarat agung tahunan PIBG SMK Sik perlu diadakan bagi melantik Yang Dipertua PIBG baharu bagi menggantikan Allahyarham Cikgu Shukari yang telah kembali kerahmatullah pada tahun lepas. ALFATIHAH untuk arwah Cikgu Shukari yang banyak menabur jasanya sepanjang tempoh beliau memimpin PIBG SMK Sik.
Selain melantik YDP Baharu, AJK bagi sesi 2021 - 2023 juga turut dilantik. Mesyuarat sebulat suara melantik Cikgu Nasaruddin Darus, NYDP bagi sesi 2019 - 2021 sebagai YDP bagi sesi 2021 - 2023. senarai penuh AJK adalah seperti senarai di bawah.
Tuesday, April 6, 2021
SMKSIK SAPU BERSIH SEMUA KATOGERI KEJOHANAN PANTUN 2021
PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT DAERAH SIK 2021
SMKSIK SAPU BERSIH SEMUA KATOGERI
Tanggal 7 April 2021 - Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat Daerah Sik berlangsung secara dalam talian. Pusingan pertama SMK Sik bertemu dengan SMK Batu Lapan. SMK Sik berjaya ke pusingan separuh akhir bertemu dengan SMK Agama Sik. Tuah masih di tangan SMK Sik kerana berjaya melangkah ke pertandingan akhir setelah menewaskan SMKA Sik.
Pertandingan akhir menemukan SMK Sik dengan SMK Jeneri. SMK Sik berjaya menjadi johan peringkat daerah Sik dengan menggondol kesemua katogeri yang dipertandingkan.
VIDEO PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT AKHIR DAERAH SIK TAHUN 2021. PERTANDINGAN ANATARA SMK SIK DENGAN SMK JENERI. SMKSIK MENJADI JOHAN DENGAN MENYAPU BERSIH SEMUA KATOGERI.
1. PAKAIAN TERBAIK 2. PERSEMBAHAN TERBAIK 3. PEMANTUN TERBAIK (PEMANTUN PERTAMA) 4. JOHAN PERINGKAT DAERAHMonday, April 5, 2021
UCAPAN RINGKAS PENUH SYAHDU PERSARAAN USTAZAH SHAKIRAH
UCAPAN RINGKAS PENUH SYAHDU PERSARAAN USTAZAH SHAKIRAH HARUN
PADA 21 MAC 2021
SOP DAN UCAPAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2021
👍VIDEO SOP DAN UCAPAN PEMBUKAAN SEKOLAH PADA 4 APRIL 2021 👍
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KUKAWANGSA SMKSIK
KEHADIRAN DAN PENYURAIAN PELAJAR 4/4/2021
SOP KEHADIRAN DAN PENYURAIAN PELAJAR 4/4/2021
4 April 2021, kulawangsa SMK Sik kembali semula ke sekolah. Kembali semula ke sekolah setelah sekian lama bercuti amat menerujakan bagi pelajar-pelajar. Percutian yang terpaksakan akibat pandemik Covid -19. Kembali semula ke sekolah dalam keadaan norma baharu. Walaupun pada awalnya agak sedikit rasa kesukaran bagi membiasakan diri, namun kebiasaan atau norma baharu ini tetap ditempuh dengan jayanya.
Keseluruhan perjalanan pembukaan sekolah keberadaan
pelajar di sekolah sehinggalah penyuraian pelajar berjalan dengan lancar dan
mematuhi SOP yang ditetapkan. Pihak polis dan wakil JPN yang turut serta berkampung
di perkarangan sekolah turut berpuas hati dengan perjalanan hari pertama persekolahan
bagi tahun 2021 ini. Sekalung penghargaan kepada kulawangsa SMK Sik yang mendukung
cita-cita negara bagi menghalang penularan wabak covid-19 dengan mematuhi SOP
yang ditetapkan. TAHNIAH SMK SIK.
KLIK DI SINI UNTUK ALBUM GAMBAR
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Assalam dan salam sejahtera
DAPATAN PEMANTAUAN DARI JPN DAN PIHAK POLIS HARI INI(4/4/2021)
Makluman yg boleh kita berkongsi bersama.
1. Secara keseluruhannya operasi pembukaan sek.mengikut sop 2.0 memuaskan dan dlm keadaan terkawal..
2.Terdapat guru2 yg mengawal pergerakan pelajar di kantin..koperasi..tempat parkir motosikal lelaki dan perempuan..tempat mengambil suhu..
3..Guru2 berada dalam kelas pada waktu pertama
4. Pelajar2 mempunyai meja dan kerusi dan pelan kedudukan dlm kelas..
5.Proses penyuraian pelajar teratur..terdapat bacaan doa dan pengumuman kepada pelajar secara berperingkat..terima kasih cg.Fodzi👍
6.Terima kasih dan tahniah cg2 yg bertugas pada hari ini.
7. Kaedah pelajar makan di dalam kelas masing2 boleh dibaiki lagi.
8. Guru2 boleh tidak membenarkan waris atau org luar masuk ke kaw.sek..jika tidak ada hal kecemasan. waris boleh tunggu di luar kaw.sek utk mengambil anak waktu pulang.. Insyaalah kita sama2 baiki utk hari2 seterusnya.
9.Terima kasih cg2..guru2 dan staf boleh hantar gambar dlm telegram ALBUM SMK SIK
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Wednesday, September 16, 2020
MAJLIS PENYERAHAN PINJAMAN LAPTOP JPN KEPADA SMKSIK
AKTIVITI : PINJAMAN LAPTOP JPN KEPADA SMK SIK
TARIKH : 14 September 2020
TEMPAT : PEJABAT SMKSIK
TERIMA KASIH atas keperihatinan JPN Kedah dan PPD daerah Sik yang perihatin terhadap masalah internet serta peralatan komputer di SMK Sik. Kunjungan hari ini bagi menyampaikan pinjaman laptop kepada SMK Sik. Kunjungan dan sumbangan laptop hari ini merupakan susulan daripada lawatan pertama atas masalah talian interim yang terlalu lembab serta masalah peralatan komputer yang terlalu tua bagi makmal MPV SMK Sik.
Kunjungan disertai oleh En. Ahmad Shahir bin Hj. Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan dan En. Zahari bin Awang, Penolong Pengarah Sumber dan Teknologi Pendidikan. Kunjungan turut disertai En Hasli bin Hussain, Penolong PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan serta En.Muhammad Taufik bin Roselan. Kunjungan bertujuan untuk penyerahan laptop bagi kegunaan pelajar SMK Sik serta meninjau untuk penyelesaian masalah komputer bilik MPV SMK Sik yang sudah uzur. Komputer makmal MPV telah rosak sepenuhnya dan perlukan penggantian. Besar harapan kami agar penggantian dapat dilakukan dengan kadar segera. Dalamkunjungan ini masalah talian interim yang terlalu lembab juga turut mendapat perhatian.
Terima kasih atas kunjungan tuan serta perhatia atas masalah yang kami hadapi.
LAGI GAMBAR
BAR CODE
ASYURA PERPADUAN SMKSIK
AKTIVITI : KACAU BUBUR ASYURA
TARIKH : 15 September 2020
TEMPAT : SMKSIK
Sambutan Awal Muharram disempurnakan dengan aktiviti kacau bubur asyura yang diadakan pada 15 September 2020 bersamaan 27 Muharram 1442 Hijrah. Sebanyak 7 kawah bubur asyura berjaya dikacaju padsa hari itu. Majlis bermula seawal 7.40 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Selepas PKP inilah majlis pertama diadakan di SMK Sik melibatkan guru, pelajar dan waris. Majlis diadakan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Acara dilakukan dengan penglibatan beberapa orang guru yang bergilir-gilir mengacau bubur pada waktu tiada PDP. Beberapa pelajar kelas KPU turut terlibat dengan pembahagian tugas mengikut stesen seperti mengumpul bahan, menyediakan bahan dan peralatan serta mengacau bubur. Beberapa orang waris juga turut dijemput. Pegawai perhubungan sekolah daripada IPD Sik juga turut mengambil bahagian dalam acara ini. Sesi PDP berjalan seperti biasa pada hari itu.
Sebanyak 7 kawah bubur asyura berjaya diagihkan kepada semua pelajar, guru, staf, pekerja dan waris yang mengambil bahagian pada hari itu. Tahniah kepada SMK Sik yang berjaya menjalankan aktiviti kacau bubur asyura serta mematuhi SOP yang ditetapkan. Selamat maju jaya.
LAGI GAMBAR
BAR CODE
Tuesday, March 10, 2020
PPD RASMI PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM SMK SIK
TARIKH : 11 Mac 2020
TEMPAT : Dataran Kejat SMK Sik
Terima kasih Tuan PPD Sik, Tn. Hj. Mokhtar bin Ahmad yang meluangkan masa merasmikan perhimpunan unit beruniform SMK Sik pagi ini. Tuan PPD berpakain lengkap pengakap pada pagi ini. Dalam ucapan perasmian beliau menyatakan bahawa sekolah menengah kebangsaan sik merupakan sekolah yang terbaik dan mempunyai sasiah yang terpuji. Selain itu, beliau juga memberikan kata-kata semangat kepada guru-guru agar meningkatkan lagi prestasi pencapaian sekolah kearah kecermerlangan pada tahun yang akan datang. Seterusnya,beliau juga amat berbangga atas hasil titik peluh semua badan beruniform yang memberikan komitmen yang sangat baik untuk melaksanakan majlis pada hari ini.
Berita:NURSYAHIRAH BINTI RAMLI 4ST5
GAMBAR-GAMBAR MAJLIS
Thursday, March 5, 2020
FEATURED POST
POPULAR POST
-
Acara : Sambutan Hari guru dan hari raya Tarikh : 16 Mei 2022 Tempat : Perkarangan sekolah Pada tahun ini majlis s...
-
"KALAU KEPUTUSAN SPM 2021 SMK SIK MENINGKAT PADA TAHUN INI, KITA AKAN SEMBELIH LEMBU, " Hari ini tanggal 7 Ogos 2022, Pengetua Ce...
-
PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT DAERAH SIK 2021 SMKSIK SAPU BERSIH SEMUA KATOGERI Tanggal 7 April 2021 - Pertandingan Berbalas Pan...
-
TARIKH : 12 MEI 2022 ACARA : MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH MASA : 8.00 pagi Setelah dua tahun berehat daripada sebarang akti...
-
AKTIVITI : SUKAN PERINGKAT SEKOLAH TARIKH : 28 MEI 2022 (SABTU) TEMPAT : PADANG SMK SIK Setelah 2 tahun berehat d...
-
HARI INI, ISNIN 4 JULAI 2022, Bermulalah sukan MSSD Daerah Sik selama 3 hari berakhir pada hari Khamis, 6 Julai 2022. Penyumbang p...
-
TARIKH : 6 JANUARI 2020 MASA : 8.00 pg TEMPAT : PADANG SMKSIK LIHAT BERITA SELANJUTNYA
-
Majlis persaraan Cg Fauzi Mat Ribu diadakan secara meriah dalam perkarangan SMK Sik. Cg FAUZI memilih persaraan secara pilihan pada 1 O...
-
PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang SMK Sik, Tn. Hj. Rozlan Hamta pada 1 Jun 2022. Acara secara ...










