AKTIVITI : PINJAMAN LAPTOP JPN KEPADA SMK SIK
TARIKH : 14 September 2020
TEMPAT : PEJABAT SMKSIK
TERIMA KASIH atas keperihatinan JPN Kedah dan PPD daerah Sik yang perihatin terhadap masalah internet serta peralatan komputer di SMK Sik. Kunjungan hari ini bagi menyampaikan pinjaman laptop kepada SMK Sik. Kunjungan dan sumbangan laptop hari ini merupakan susulan daripada lawatan pertama atas masalah talian interim yang terlalu lembab serta masalah peralatan komputer yang terlalu tua bagi makmal MPV SMK Sik.
Kunjungan disertai oleh En. Ahmad Shahir bin Hj. Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan dan En. Zahari bin Awang, Penolong Pengarah Sumber dan Teknologi Pendidikan. Kunjungan turut disertai En Hasli bin Hussain, Penolong PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan serta En.Muhammad Taufik bin Roselan. Kunjungan bertujuan untuk penyerahan laptop bagi kegunaan pelajar SMK Sik serta meninjau untuk penyelesaian masalah komputer bilik MPV SMK Sik yang sudah uzur. Komputer makmal MPV telah rosak sepenuhnya dan perlukan penggantian. Besar harapan kami agar penggantian dapat dilakukan dengan kadar segera. Dalamkunjungan ini masalah talian interim yang terlalu lembab juga turut mendapat perhatian.
Terima kasih atas kunjungan tuan serta perhatia atas masalah yang kami hadapi.
LAGI GAMBAR
BAR CODE
No comments:
Post a Comment