MASA : 8.00 pg
TEMPAT : PADANG SMKSIK
LIHAT BERITA SELANJUTNYA
KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN SMKSIK KALI KE sedang berlangsung ketika berita ini ditulis. Kejohanan pada tahun ini dilaksanakan secara sederhana sahaja dengan menjemput pengerusi PIBG SMK Sik, En. Shukari Yaakob merasmikan majlis. suasana meriah dapat dirasakan pada hari kejohanan dengan sorakan dan tepukan pelajar-pelajar bagi menyokong pasukan masing-masing. persaingan sengit peserta-peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing menambahkan kehangatan acara. guru-guru juga tidak melepaskan peluang menghangatkan suasana dengan melaungkan sorakan semangat untuk peserta-peserta pasukan rumah masing-masing.
Acara prasukan diadakan tiga hari sebelum hari sukan berlangsung. antara acara yang dipertandingkan ialah acara padang iaitu lontar peluru, merejam lembing, lompat jauh dan lompat tinggi. acara balapan pula ialah lari 400m, 800m dan 1500m.
Pada hari kejohanan, acara dimulai dengan perarakan masuk kontigen rumah sukan. keenam-enam pasukan iaitu rumah sukan Temenggung, Syahbandar, Hulubalang, Panglima, Bendahara dan Laksamana berarak masuk ke padang dengan tema warna rumah masing-masing. Tema perarakan pada tahun ini ialah kesultanan Melayu Melaka. Setiap rumah sukan berarak sambil menunjukkan aksi kepahlawanan serta mempamirkan motto rumah sukan masing-masing.
Selepas bacaan Doa dan Ikrar, acara sukan dimulai dengan acara balapan berselang seli dengan penyampaian hadiah. Acara akhir yang menjadi tumpuan ialah acara tarik tali. KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN PADA TAHUN INI DIMENANGI OLEH RUMAH . Tahniah kepada semua pemenang acara. Semoga kita bertemu lagi pada tahun hadapan.
KEPUTUSAN KESELURUHAN DIMENANGI OLEH RUMAH TEMENGGHUNG DIIKUTI SYAHBANDAR MANAKALA HULUBALANG DITEMPAT KETIGA.
Berikut keputusan penuh kejohanan
Lagi gambar acaraKEPUTUSAN KESELURUHAN DIMENANGI OLEH RUMAH TEMENGGHUNG DIIKUTI SYAHBANDAR MANAKALA HULUBALANG DITEMPAT KETIGA.
Berikut keputusan penuh kejohanan
lAGI GAMBAR-GAMBAR KEJOHANAN
Video Perbarisan Hari Kejohanan Olahraga Tahunan 2020
~~~~~~~TAMAT~~~~~~
No comments:
Post a Comment