TARIKH : 5 Mac 2020
ANJURAN : Kelab Rakan Didik (KRD)
Sekalung tahniah buat Kelab Rakan Didik (KRD) SMK Sik yang turun padang pada petang 5 Mac 2020 dalam program ziarah kasih bagi menziarahi rakan-rakan yang menerima ujian Allah. Program ziarah kasih yang julung-julung kali diadakan oleh KRD ini diketuai oleh pengerusi KRD En. Aswad. Program ini juga turut disertai oleh AJK KRD. Tun Pengetua En. Rozlan bin Hamat turut berbesar hati turun padang menyertai program ini.
Rumah pertama yang dilawati ialah rumah En Nafri Md Jiwa. En. Nafri yang terkena serangan angin ahmar pada hari pertama tahun baharu (1 Januari 2020) terharu menerima kunjungan itu. Keadaan kesihatan En. Nafri kelihatan semakin baik. Beliau telah boleh berkerusi roda dan berbual-bual dengan tetamu yang hadir.
Lawatan seterusnya ialah ke rumah Ustazah Fatimah bt Mansur bagi melawat Munir, anak Ustazah Fatimah yang juga merupakan bekas pelajar SMK Sik. Munir ditimpa kemalangan jalan raya pada bulan Disember yang lalu. Ekoran kemalangan itu Munir dimasukkan ke wad ICU lebih dua bulan. Keadaan kesihatan Munir semakin baik walaupun masih terlantar di atas katil.
Pada akhir lawatan Tuan Pengetua turut menyampaikan sumbangan dan cenderamata kepada En. Nafri dan Munir. Seluruh kulawangsa SMK Sik mendoakan kesihatan buat kedua-dua insan ini agar cepet pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. aaminn
Laporan ; myzulk
Foto : KRD
No comments:
Post a Comment