PELAWAT

Wednesday, September 16, 2020

MAJLIS PENYERAHAN PINJAMAN LAPTOP JPN KEPADA SMKSIK

 


AKTIVITI   : PINJAMAN LAPTOP  JPN KEPADA SMK SIK

TARIKH      : 14 September 2020

TEMPAT      : PEJABAT SMKSIK


        TERIMA KASIH atas keperihatinan JPN Kedah dan PPD daerah Sik yang perihatin terhadap masalah internet serta peralatan komputer di SMK Sik. Kunjungan hari ini bagi menyampaikan pinjaman laptop kepada SMK Sik. Kunjungan dan sumbangan laptop hari  ini merupakan susulan daripada lawatan pertama atas masalah talian interim yang terlalu lembab serta masalah peralatan komputer yang terlalu tua bagi makmal MPV SMK Sik.

        Kunjungan disertai oleh En. Ahmad Shahir bin Hj. Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan dan En. Zahari bin Awang, Penolong Pengarah Sumber dan Teknologi Pendidikan. Kunjungan turut disertai En Hasli bin Hussain, Penolong PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan serta En.Muhammad Taufik bin Roselan. Kunjungan bertujuan untuk penyerahan laptop bagi kegunaan pelajar SMK Sik serta meninjau untuk penyelesaian masalah komputer bilik MPV SMK Sik yang sudah uzur. Komputer makmal MPV telah rosak sepenuhnya dan perlukan penggantian. Besar harapan kami agar penggantian dapat dilakukan dengan kadar segera. Dalamkunjungan ini masalah talian interim yang terlalu lembab juga turut mendapat perhatian. 

         Terima kasih atas kunjungan tuan serta perhatia atas masalah yang kami hadapi.


 LAGI GAMBAR

KLIK DI SINI

BAR CODE




ASYURA PERPADUAN SMKSIK

 

AKTIVITI   :  KACAU BUBUR ASYURA

TARIKH      :  15 September 2020

TEMPAT      : SMKSIK


        Sambutan Awal Muharram disempurnakan dengan aktiviti kacau bubur asyura yang diadakan pada 15 September 2020 bersamaan 27 Muharram 1442 Hijrah. Sebanyak 7 kawah bubur asyura berjaya dikacaju padsa hari itu. Majlis bermula seawal 7.40 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Selepas PKP inilah majlis pertama diadakan di SMK Sik melibatkan guru, pelajar dan waris.  Majlis diadakan dengan  mematuhi SOP yang ditetapkan. Acara dilakukan dengan penglibatan beberapa orang guru yang bergilir-gilir mengacau bubur pada waktu tiada PDP. Beberapa pelajar kelas KPU turut terlibat dengan pembahagian tugas mengikut stesen seperti mengumpul bahan, menyediakan bahan dan peralatan serta mengacau bubur. Beberapa orang waris  juga turut dijemput. Pegawai perhubungan sekolah daripada IPD Sik juga turut mengambil bahagian dalam acara ini. Sesi PDP berjalan seperti biasa pada hari itu. 

        Sebanyak 7 kawah bubur asyura berjaya diagihkan kepada semua pelajar, guru, staf, pekerja  dan waris yang mengambil bahagian pada hari itu. Tahniah kepada SMK Sik yang berjaya menjalankan aktiviti kacau bubur asyura serta mematuhi SOP yang ditetapkan.  Selamat maju jaya.


LAGI  GAMBAR

KLIK UNTUK GAMBAR

BAR CODE 


Tuesday, March 10, 2020

PPD RASMI PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM SMK SIK

AKTIVITI        : Perhimpunan Unit Beruniform
TARIKH           : 11 Mac 2020
TEMPAT           : Dataran Kejat SMK Sik

Terima kasih Tuan PPD Sik, Tn. Hj. Mokhtar bin Ahmad yang meluangkan masa merasmikan perhimpunan unit beruniform SMK Sik pagi ini. Tuan PPD berpakain lengkap pengakap pada pagi ini. Dalam ucapan perasmian beliau menyatakan bahawa sekolah menengah kebangsaan sik merupakan  sekolah yang terbaik dan mempunyai sasiah yang terpuji. Selain itu, beliau juga memberikan kata-kata semangat kepada guru-guru agar meningkatkan lagi prestasi pencapaian sekolah kearah kecermerlangan pada tahun yang akan datang. Seterusnya,beliau juga amat berbangga atas hasil titik peluh semua badan beruniform yang memberikan komitmen yang sangat baik untuk melaksanakan majlis pada hari ini.

     Berita:NURSYAHIRAH BINTI RAMLI 4ST5

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS

Thursday, March 5, 2020

ZIARAH KASIH KRD

AKTIVITI       : Ziarah Kasih Kelab Rakan Didik
TARIKH          : 5 Mac 2020
ANJURAN      : Kelab Rakan Didik (KRD)

Wednesday, March 4, 2020

KEPUTUSAN SPM - SMKSIK TERUS MELAKAR KECEMERLANGAN

AKTIVITI    : Keputusan SPM 2019
MASA           : 10.00 pagi
TEMPAT       : Dewan Ibnu Sina SMK Sik
Pengetua dan pegawai PPD bersama pelajar cemerlang

Kecemerlangan anak dan ibu - 
Dua orang guru SMK Sik turut meraikan kejayaan anak mereka.
Cg. Norhayati Hashim dengan anaknya Ainul Mardhiah Aziz (7A,2B+,1C)
Cg. Siti Maryam Abdullah dengan anaknya Nur Atiqah Mohd Bajuri (6A,3B,1C,1E)  

Sunday, March 1, 2020

SMKSIK UNGGULI DEBAT BAHASA INGGERIS

AKTIVITI    : DEBAT BAHASA INGGERIS DAERAH BALING SIK
TARIKH       : 1 DAN 2 MAC 2020
TEMPAT       : SMK GULAU

TAHNIAH : Pasukan bahasa Bahasa Inggeris SMK Sik, johan daerah Sik dan Baling
Dari kiri : Ahmad Daniel Shah bin Ahmad Effendi, Muhammad Nur Hisham bin Harun, Adeera Saripa a/p Som Khit, Muhammad Waiz Sufi bin Abdul Rashid dan Muhammad Rashdi  Azri bin Razali.

Friday, February 28, 2020

KEMPEN DERMA DARAH SMKSIK

TARIKH   : 26 FEBRUARI 2020
MASA       : 9.00pg - 2.00ptg
TEMPAT   : DEWAN IBNU SINA SMK SIK
ANJURAN : KPU SMKSIK

Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan  doktor dan jururawat dari hospital sultanah bahiyah yang  turut memberi kerjasama dalam menjayakan program derma darah ini. Penderma darah yang pertama menderma ialah Cikgu Mohd Jamaludin Bin Mukti dan dituruti dengan guru guru smk sik dan juga pelajar tingkatan 4 dan 5 yang memberanikan diri untuk menderma darah mereka. Antara syarat-syarat untuk menderma ialah penderma haruslah memastikan mereka berada dalam keadaan yang sihat dan tidur yang cukup.Selain itu juga,mereka haruslah mempunyai berat badan dan ketinggian yang seimbang.

                  Berita: NURNAQIBAH BINTI MUHAMMAD NASRUL MUHAIMI 4ST5
                  Gambar: NURSYAHIRAH BINTI RAMLI 4ST5

MAJLIS PERSARAAN CC DAN PERPISAHAN GURU-GURU YANG BERTUKAR

TARIKH    :  27 FEBRUARI 2020
TEMPAT    : DEWAN IBNU SINA SMKSIK


KEPUTUSAN STPM SMK SIK TERUS MENCUNAK

TARIKH   :  26 FEBRUARI 2020
TEMPAT   :  DEWAN IBNU SINA SMKSIK

BENGKEL SAKURA MUNSYI SALLEH HASSAN

Tarikh   : 29 Februari 2020
Masa     : 8.00 - 10.00pg tkn3
               10.00 - 12.00tgh tkn4
Tempat  : Dewan Ibnu Sina SMK Sik


Friday, February 21, 2020

PERTANDINGAN POSTER JOM KE PERPUSTAKAAN

AKTIVITI  :  PERTANINGAN POSTER JOM KE PERPUSTAKAAN
TARIKH     :  TARIKH TUTUP 16 FEBRUARI 2020

Pusat Sumber Pendidikan Al-Jawahir (PUSPA) SMK Sik dengan kerjasama panitia Produksi Multimedia telah menganjurkan pertandingan melukis poster digital bertemakan seram. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMK Sik. Tema pertandingan ialah cerita baharu berunsurkan cerita seram atau hantu. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mempromosikan perpustakaan sebagi pusat sumber ilmu. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua katogeri iaitu menengah rendah dan menengah atas. Pihak PUSPA menyediakan hadiah yang lumayan kepada pemenang.

Antara poster-poster yang layak diadili pada saringan peringkat akhir:-

 KATOGERI MENENGAH RENDAH

Mohd. Zaim dan Aiman (3K3)

Alif Najmi (2K2), Danish Danial (2K2), Mohd Dhaifan (2U1)

Nabil Hakimi 1u2


KATOGERI MENENGAH ATAS


Mohd Taufiq bin Khairul Rijal (4PM)

Ahmad Haikal bin Ahmad Akmal (5PM)

Muhammad Zubair Iqbal bin Mohd Zahir (     )

Mohd Amirul Sofuan bin Samsudin (4PM)

Muhammad Faris bin Muhammad Azli (4PM)


Nurul Ain bt Mohd Sobri (4PM)

Wan Mohd. Irfan bin Wan Mohd Zaki (4PM)

laporan dan gambar :- Cg Zul

Tuesday, February 18, 2020

Sunday, February 9, 2020

PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA SMKSIK 2020

AKTIVITI     : ZIARAH CAKNA
TARIKH        : 17 FEBRUARI 2020
  By MyZulk

ENGLISH SPEAKER'S CORNER


Reported by Mr Aliff

ENGLISH SPEAKER'S CORNER (28 - 30 January 2020)
Activity under "Akademi Tongkat Warrant".
Venue: Atribut Tongkat Warrant

Wednesday, February 5, 2020

KEJOHANAN SUKAN SMKSIK 2020

TARIKH : 6 JANUARI 2020
MASA     : 8.00 pg
TEMPAT  : PADANG SMKSIK


LIHAT BERITA SELANJUTNYA

Wednesday, January 29, 2020

SMKSIK TUAN RUMAH MERENTAS DESA DAERAH

30 JANUARI 2020

Acara Tahunan merentas desa daerah sik berlangsung pada hari ini, 30 Januari 2020. Tahun 2020  merupakan tahun ke -2 SMK Sik menjadi tuan rumah merentas desa daerah Sik. Berbetulan PPD daerah Sik juga masuk tahun ke-2 beroperasi. Acara berlangsung secara sederhana namun meriah dengan sorakan guru-guru dan pelajar-pelajar memberi sokongan kepada pasukan masing-masing terutama pada garisan permulaan dan penamat acara. Acara bermula dan berakhir  di padang SMK Sik. acara disertai oleh semua sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh daerah Sik. Acara dibahagikan kepada 6 katogeri iaitu L1, L2, P1, P2 untuk sekolah menengah manakala L3 dan P3 untuk sekolah rendah. Seramai 15 peserta daripada setiap katogeri terpilih sebagai pemenang. Johan bagi setiap katogeri akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

Monday, January 20, 2020

ORENTASI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

ORENTASI tingkatan 1 dan tingkatan 4 diadakan pada minggu ke-4 sesi persekolahan 2020. orentasi tingkatan 1 diadakan pada 19 dan 20 Januari manakala tingkatan 4 pula pada 21 Januari. Orentasi tingkatan 1 dan tingkatan 4 sengaja diadakan agak lewat pada tahun ini bagi memberi laluan mengatur strategi bersama pengetua baharu Tn Hj Rozlan Hamad yang mula bertugas di SMK Sik Pada 12 Januari 2020. antara tujuan orentaasi ini ialah bagi memperkenalkan budaya SMK Sik kepada pelajar tingkatan satu, memperkenalkan pakej mata pelajaran, disamping menyiapkan minda pelajar bagi menghadapi alam sekolah menengah. Bagi pelajar tingkatan empat pula, orentasi ini merupakan satu pencerahan awal minda untuk menghadapi SPM disamping memperkenalkan pakej mata pelajaran kepada para pelajar.

 Pelajar-pelajar teruja mengikuti orentasi....

lagi .....

ATRIBUT TONGKAT WARRANT BERGEGAR KEMBALI

Atribut Tongkat Warrant, kembali bergegar dengan persembahan pelajar. Aktiviti  di Atribut Tongkat Warrant yang dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar di bawah Akademi Tongkat Warrant ini telah memulakan aktiviti tahun 2020 pada minggu ini. atribut ini tidak pernah kering dengan persembahan pelajar seperti sajak, pidato, bercerita, syarahan, lakonan gurindam, syair, qasidah dan dan pelbagai persembahan kesenian dan bahasa.

Lagi .....


Mesyuarat Guru Pertama 2020 bersama Tn PPD

Selamat datang Tn PPD.
Pada 14 Januari 2020 pukul 2.30 petang berlangsung mesyuarat pertama guru-guru dan pentadbir SMK Sik bersama pengetua baharu Tn. Hj Rozlan Hamad. Mesyuarat turut dihadiri tu PPD Sik Tn. Hj Mokhtar bin Ahmad (BCK). Dalam ucapannya tuan PPD menekankan kebersamaan guru-guru dan pentadbir untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak khususnya dalam daerah Sik. Sebelum meninggalkan majlis Tn PPD juga sempat bersalaman dan beramah mesra dengan guru-guru SMK Sik.

 lagi ...........

Saturday, January 18, 2020

MERENTAS DESA SMKSIK 2020

TARIKH : 16 JANUARI 2020
HARI      : KHAMIS
MASA     : 8.00 PAGI




KLIK UNTUK LIHAT LEBIH LANJUT



MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

TARIKH   :  15 JANUARI 2020
HARI        :  RABU
MASA       :  2.30 PTG
TEMPAT    : DEWAN IBNU SINA SMK SIK
PERASMI  : PN. HJH ANIKHOH HUSDA BT KAMARUL ZAMAN


KLIK UNTUK LIHAT LEBIH LANJUT

Sunday, January 12, 2020

2 GURU SMKSIK BERGABUNG BERSAMA ASASI


TAHNIAH.. ! kepada 2 orang guru SMK Sik yang berjaya memperoleh sijil tamat kursus Bengkel Penulisan Puisi Tahap Pertengahan anjuran Angkatan Sasterawan Kedah Yang Diadakan di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani baru-baru ini. Bengkel yang diadakan pada 11 Januari itu, membariskan penulis-penulis kedah dan  terbuka kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang berminat. Ketua 2, Asasi Kedah, Encik Zaidin Abadi turut memeriahkan bengkel. Beliau juga berkenan untuk menyampaikan sijil kepada peserta pada akhir majlis. SMK Sik diwakili oleh En. Yusof Aziz yang juga merupakan ahli Asasi. Peserta lain ialah Pn Siti Rahiza bt Yusof yang turut serta mengisi borang keahlian. En. Yusof Aziz pernah menulis antologi Puisi bersama Asasi manakala pn. Rahiza telah banyak kali menghantar karya ke akhbar-akhbar tempatan.

           Antara lain objektif bengkel ini adalah untuk mengetengahkan kepada masyarakat tentang ui bentuk sajak pascamoden,  Menurunkan ilmu baharu tentang sajak pasca moden kpd murid, Menggalakkan murid yang berminat utk membina dan menghantar karya ke media perdana dan akhir sekali bertujuan bagi merapatkan jaringan antara pihak guru, sekolah dgn komuniti luar.





 Encik Zaidin Abadi menyampaikan sijil kepada peserta SMK Sik

































SELAMAT DATANG TN HJ ROZLAN

Kulawangsa SMK Sik mengucapkan selamat datang kepada Tn. Hj. Rozlan Hamad, sebagai pengetua baharu di SMK Sik. Pertukaran beliau ke SMK Sik merupakan kali ke tiga beliau melangkah kaki berkhidmat di sini, pertama sebagai guru biasa, kedua sebagai penolong kanan dan pada tahun 2020 ini beliau sekali lagi melangkah kaki berkhidmat di SMK Sik sebagai Pengetua pula. Beliau diarahkan bertugas di sini melalui pertukaran setara dengan Tn. Hj. Yusop Taib yang bertukar dari SMK Sik ke sekolah lama Tn. Hj. Rozlan, Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Tua. Besar harapan kami agar kehadiran beliau akan membuahkan pencapaian yang lebih cemerlang bagi SMK Sik pada masa akan datang. Sementara itu bagi Tn Hj. Yusop kami mengucapkan selamat berkhidmat dan selamat maju jaya di sekolah baharu beliau. Tn. Hj. Yusop Taib sempat berkhidmat selama 2 tahun di SMK Sik iaitu npada tahun 2018 - 2019.
Tn Hj Yusop Taib

Monday, January 6, 2020

TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT .....


Seluruh kulawangsa SMK Sik mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat sahabat-sahabat guru dari SMK Sik. Arahan Perkhidmatan untuk guru-guru terlibat disampaikan oleh tuan PPD daerah Sik Tn. Hj. Mokhtar bin Ahmad. Seramai 11 orang guru dari seluruh sekolah daerah Sik mendapat AP  yang disampaikann sendiri oleh tuan PPD. Daripada jumlah tersebut seramai 3 orang guru dari SMKSik mendapat AP kenaikan pangkat manakala pertukaran setara seorang guru ke SMK Sik . Mereka yang terlibat ialah :-


Pn. Rousnani menerima AP daripada PPD Sik 


Sunday, January 5, 2020

DUTA KECIL SMKSIK KE SIDANG DUN BELIA NEGERI KEDAH

Muhammad Nur Hisham bin Md. Harun (5SNU) sekali lagi menobatkan SMK Sik ke persada apabila terpilih sebagai wakil ke Sidang DUN Belia Neferi Kedah yang diadakan di Wisma Darul Aman hari ini (6 Januari 2020). beliau terpilih melalui ketokohan dalam bidang perbahasan dan pidato di mana pada tahun lepas beliau beberapa kali mengharumkan nama sekolah dengan menjadi juara sehingga ke peringkat kebangsaan. 


2020 DISAMBUT DENGAN PENUH NOSTALGIA

Kedatangan tahun 2020 disambut dengan penuh nostalgia oleh kulawangsa SMK Sik. berita pertama SMK Sik mendapat 7 orang guru baharu yang berpindah masuk. Berita kedua ialah pertukaran keluar pengetua Tn. Hj. Yusop bin  Taib, ke SMK Teloi Kanan. Manakala berita ketiga pula ialah pertukaran Masuk pengetua baharu Tn. Hj. Rozlan bin Hamad dari SMK Teloi Kanan. Kedua-dua mereka telah pun mendapat memo dari PPD Sik. Walau bagaimanapun pergerakan akan berlaku pada 12 Januari 2020 bagi memberi peluang kepada mereka menyelesaikan hal-hal pentadbiran. Tn. Hj. Rozlan pernah berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Sik suatu ketika dahulu. SELAMAT DATANG TUAN PENGETUA.

FEATURED POST

SMKSIK DARI UDARA

LIHAT VIDEO

POPULAR POST