PELAWAT

Friday, May 27, 2022

TEMASYA SUKAN SMKSIK

AKTIVITI  : SUKAN PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH     :  28 MEI 2022 (SABTU)

TEMPAT     : PADANG SMK SIK


             Setelah 2 tahun berehat daripada sebarang aktiviti sukan, pada tahun ini pelajar agak teruja kerana dapat melakukan semula aktiviti sukan. Temasya sukan SMK Sik pada tahun ini diadakan secara sederhana. Acara yang dipertandingkan hanya 3 acara balapan 100m, 200m, dan  4x100m manakala hanya 3 acara padang dipertandingkan. Acara tersebut ialah lontar peluru, lompat jauh dan tarik tali.  4 katogeri  acara padang dan balapan dipertandingkan iaitu L1, L2, P1 dan P2. Manakala acara  terbuka ialah tarik tali.

            Walaupun acara sukan pada tahun ini dilaksanakan secara terbuka tetapi sambutan pelajar cukup meriah.  Acara saringan diadakan pada 23 Mei manakala pada 24 dan 25 Mei acara Pra sukan berlangsung.  Acara akhir dipertandingkan pada hari sukan dengan setiap rumah sukan bersaing untuk menentukan kedudukan rumah masing-masing. 

            Perasmian Majlis Temasya Sukan  SMK Sik pada tahun ini disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Rozlan bin Hamat.


GAMBAR-GAMBAR SEPUTAR SUKAN SMKSIK

https://photos.app.goo.gl/QDPwZSYUBEhgq9Q37

Tuesday, May 17, 2022

HARI GURU HARI RAYA

Acara          : Sambutan Hari guru dan hari raya

Tarikh          : 16 Mei 2022

Tempat         : Perkarangan sekolah


Pada tahun ini majlis sambutan hari guru dan hari raya diadakan serentak pada 16 Mei 2022. Semua guru dan pelajar digalakkan memakai pakaian hari raya. Majlis diadakan di perkarangan sekolah. Majlis dimulai dengan acara hari guru. Selepas nyanyian Negaraku dan bacaan doa, bacaan perutusan diadakan di tapak perhimpunan. Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak dan lakonan oleh pelajar-pelajar. acara sukan ringan bowling kelapa turut diadakan. 

Acara diteruskan dengan sambutan hari raya pula. pelajar menghidangkan makanan mengikut kelas masing-masing. pelajar-pelajar dan guru-guru bersama-sama berjamu selera dan beramah mesra. Acara tamat pada pukul 1.30 petang. 


LIHAT GAMBAR SEPUTAR MAJLIS


LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

 TARIKH   : 12 MEI 2022

ACARA     : MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

MASA        : 8.00 pagi

Setelah dua tahun berehat daripada sebarang aktiviti fizikal berkumpulan akibat pandemik C-19, pada tahun ini acara fizikal berkumpulan telah dibenarkan oleh KPM. Era andemik ini menyaksikan banyak kelonggaran diberikan oleh KPM agar pelajar dapat aktif semula dalam aktiviti fizikal. Pada pagi inj SMK Sik telah mengadakan acara merentas desa peringkat sekolah. Pelajar dilepaskan oleh tuan pengetua bagi memulakan larian. Para pelajar kelihatan teruja untuk memulakan larian. Pelajar terpaksa menempuh trek jalan kampung yang agak mencabar dengan jalan berbukit yang memerlukan pendakian dan menuruni cerun yang agak tinggi. Alhamdulillah pelajar-pelajar dapat menghabiskan larian tanpa ada kalangan pelajar yang mengalami kecederaan. Larian tamat lebih kurang  pada pukul 9.30 pagi. pelajar seterusnya dibenarkan berehat.  Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang. Majlis tamat pada pukul 1.30 petang dan para pelajar dibenarkan pulang. kedudukan markah dari tempat terakhir ialah rumah Laksamana diikuti rumah Syahbandar,Panglima, Temenggung, Bendahara dan Hulubalang sebagai juara. 




GAMBAR SEPUTAR PERISTIWA

https://photos.app.goo.gl/wQNjJoNAyM5AoXtG9 

KEMPEN TANGANI DAN JAUHI BULI PERINGKAT SEKOLAH

 Tanggal 9 Mei 2022 UBK SMK Sik telah menganjurkan Kampen Tangani Dan Jauhi Buli Peringkat Sekolah.  Program diadakan di tapak perhimpunan sekolah bermula jam 7.20 pagi hingga 8.30 pagi. Jemputan khas ialah ASP Mohd. Shamsul Bahri bin Nawi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Sik diiringi kopral Tiara Rumaya dan Sarjah Rugayah. Majlis serba ringkas ini meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan pelajar melalui kisah teladan sebenar yang diceritakan sendiri oleh ASP Mohd. Syamsul Bahri. Beliau juga mendedahkan syeksyen-syeksyen yang melibatkan jenayah buli. SMK Sik merupakan sekolah pertama dalam daerah Sik memulai kempen ini pada sesi persekolahan 2022/2023.





LIHAT GAMBAR

https://photos.app.goo.gl/UigTN1iQ98CtYTA97


Wednesday, March 30, 2022

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-46 SMKSIK 2022

 MESYUARAT AGUNG PIBG KE-46 SMK SIK 31.3.2022


Mesyuarat agung PIBG SMK Sik kali ke-46 telah berlangsung pada petang 31.3.2022. Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 2.30 petang itu berlangsung di Dewan Seri Perangin, Rimba Taqwa Sik atau lebih dikenali dengan nama dewan Mak Lang Yu. 

Mesyuarat dimulai dengan doa oleh Ustaz Mohd Shukri Jusoh serta diaminkan oleh hadirin. Seterusnya ucapan oleh Pn. Hamidah Hassan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sik mewakili pengetua yang tidak dapat hadir kerana kuarantin. En. Nasaruddin Darus selaku pengerusi PIBG seterusnya berucap bagi pihak PIBG. 

Acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, Ahli Parlimen Sik. Dalam ucapannya YB mengingatkan tentang kepentingan pendidikan terutamanya pada era kini yang kian mencabar. Beliau juga mengucaptan tahniah kepada ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak dengan jaya walaupun menghadapi pelbagai kepayahan terutama dalam era pandemik ini. 

Mesyuarat berakhir lebih kurang pada pukul 5.30 petang. sebelum beredar para waris dibekalkan denganbungkusan  makanan ringan serta bungkusan gula dan tepung sebagai oleh-oleh daripada pihak sekolah. Mesyuarat kali ini berjaya membawa usul agar bayaran yuran diputuskan pada mesyuarat kali ini digunapakai bagi dua tahun berturut-turut iaitu bagi sesi pembelajaran 2022 dan 2023.

alhamdulillah.


Tuesday, February 22, 2022

PENGHARGAAN BUAT EN. NASARUDDIN DARUS YDB PIBG SMK SIK


 Seluruh warga SMK Sik mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Mohd Nasaruddin bin Darus (YDP PIBG SMK Sik) atas sumbangan dan jasa beliau memberi cetusan idea serta tunjuk ajar kepada pelajar serta guru SMK Sik dalam beberapa pertandingan yang disertai. Cetusan idea dan tunjuk ajar beliau telah membawa bin Adli mendeklamasikan sajak dalam Sayembara Bahasa Melayu Peringkat Antarabangsa yang berlangsung secara atas talian pada 19 April 2021. Selain itu atas tunjukm ajar beliau juga pasukan SMK Sik telah memenangi pingat perak dalam Pertandingan Festival Monolog Peringkat Negeri Kedah. Wakil SMK Sik terdiri daripada pelajar KPU. 




 

Wednesday, January 26, 2022

CAKNA - SSTP JPN KEDAH (SMK SIK)

 https://www.youtube.com/watch?v=9yMV-JN-87I 


KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO



PROGRAM KEBUDAYAAN BAHASA GERMAN PERINGKAT KEBANGSAAN

 NUR SYAFIAH RIZALMAN DALAM PROGRAM KEBUDAYAAN BAHASA GERMAN PERINGKAT KEBANGSAAN

klik gambar untuk tonton video pertandingan
Klicken Sie auf das Bild, um das Spielvideo anzusehen

Alhamdulillah ...... Para pelajar SMK Sik tidak lokek untuk menyertai banyak acara pada tahun 2021 walaupun tahun 2021 merupakan tahun yang mencabar di sebalik isu Covid-19. Hampir semua acara on-line yang disertai oleh pelajar-pelajar SMK Sik. Pendek kata pelajar-pelajar SMK Sik tidak mensia-siakan ruang penyertaan. Terbaharu peserta Nur Syafiah Rizalman telahmenyertai acara masakan German dalam bahasa German. Anak didik Cg. Marleena Izni ini bergaya dengan kepetahanya berbahasa German serta masakan yang menyelerakan. Glückwunsch Syafiah. SMK Sik ist großartig.

Tuesday, January 25, 2022

SMK SIK TEMPAT KE-2 E-TAZKIRAH ASRAMA HARIAN PERINGKAT KEBANGSAAN

 SMK Sik memenangi tempat ke-2 dalam acara E-Tazkirah Asrama Harian peringkat kebangsaan dalam kartogeri lelaki. Pertandingan E-Mahrajan Asrama Harian Peringkat Kebangsaan TAHUN 2021. Acara tahunan ini diadakan secara maya pada tahun ini disebabkan kekangan masalah Covid-19. Tahniah SMK Sik.

LINK VIDEO

Tuesday, January 11, 2022

TAHNIAH KRS SMK SIK

TAHNIAH KRS SMK SIK ATAS PENYERTAAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN





Sekalung tahniah kepada pasukan KRS SMK Sik yang Berjaya menghantar penyertaan sehingga ke peringkat kebangsaan bagi Cabaran Siber Pasukan Beruniform. 2 orang kadet KRS terpilih penyertaan ke peringkat kebangsaan manakala 3 kadet Berjaya ke peringkat negeri. Sarjan (KRS) Ahmad Zahiruddin bin Zulkiffli berjaya mewakili sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan membina gajet dengan tajuk gajet “Inovasi Dapur Boleh Laras” https://www.youtube.com/watch?v=H2q9AWxUajM&t=26s  . Ahmad Zahiruddin mendapat tempat ketiga peringkat negeri dan johan daerah Sik.Kpl Muhamad Zikril bin Ahmad pula mendapat sijil penyertaan dalam katogeri hafazan. Muhammad Hafiz Faiz bin Mohammad Hasmi turut tersenarai penyertaan ke peringkat negeri dalam katogeri video personal.




Di bawah ialah senarai penuh penyertaan.

 

Peringkt Kebangsaan

1. Ahmad Zahiruddin bin Zulkiffli 

2. Muhd Zikril Hakim bin Ahmad


Peringkat Negeri

1. Ahmad Zahiruddin bin Zulkiffli ( tempat ke-3 Pertandingan Membina Gajet)

2. Muhd Zikril Hakim bin Ahmad

3. Muhammad Hafiz Faiz bin Mohammad Hasmi


Peringkat Daerah

1. Ahmad Zahiruddin bin Zulkiffli (Johan Pertandingan Membina Gajet dan Johan Pertandingan Video Personal) 

2. Wan Nurkhairin Sofea bt Wan Izham (Johan Pertandingan Membina Gajet Puteri)

3. Muhammad Affiq Irfan bin Mohd Tazlan (Ke-3 Nyanyian Lagu Patriotik)

4. Muhammad Hafiz bin Mohd Hasmi

5. Muhd Zikril Hakim bin Ahmad

6. Nur Alya Darwisyah

7. Muhd Zikril Hakim

8.Ahmad Zahiruddin

9.Muhd Firdaus

10.Nur fatihah

11.Chong Li Yun

12. Ayuni Balqis

13. Muhd Akmal

SUMBANGAN KEBAJIKAN KRD

 

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT

 Sumbangan kebajikan dari Kelab Rakan Didik SMK SIK 2021, kepada ahli kelab yang dimasukkan ke ward atas sebab kesihatan dan kehilangan ahli keluarga telah dapat dilaksanakan.

Terima kasih🌷




SANTAI MAJLIS HI-TEA RAKAN DIDIK 2021

TARIKH    : 7 JANUARI 2022

MASA        : 2.30PM - 5.30PM

TEMPAT     : Mami Jijah VIP Palace


"SEMARAK KASIH SEHARUM KASTURI" majlis Hi-Tea Rakan Didik 2021, SMK Sik. Majlis disambut dengan pakaian bertemakan Arabic. Majlis secara sederhana makan sambil bersantai ini mendapat sambutan menggalakkan daripada kulawangsa SMK Sik. Hampir semua guru dan staf dapat hadir dalam majlis gilang-gemilang ini. Majlis juga diadakan bagi menyambut persaraan  serta pertukaran guru. Guru yang bertukar ialah Cg Rohana dan UstazHafizi, guru ganti menamatkan perkhidmatan ialah Cg Anisah dan Cg Nur Farihin Nabila, manakala guru yang bersara pula ialah Pn. Zuraida Abdul Rahman.

 Majlis dimulai dengan doa oleh Cikgu Hasbolla diikuti ucapan wakil guru yang akan bertukar serta guru yang akan  bersara diikuti ucapan pengetua seterusnya makan-makan dan diselangi dengan penyampaian hadiah dan cenderamata. Cabutan bertuah menyediakan 2 hadiah utama yang menarik. Hadiah utama pertama berupa penginapan dua hari dua malam beserta candlelight dinner  di Cinta Sayang Resort dimenangi oleh NoorZulhasrina bt Abu Bakar. Manakala hadiah utama kedua berupa  Goldbar 100gm Orodesign dimenangi oleh Cg Suhaiza Ahmad.



Lagi Gambar Majlis

https://photos.google.com/?tab=rq&pageId=none

Wednesday, May 26, 2021

< VIDEO GURU CEMERLANG SMKSIK. PN FARIDAH YAACOB >

 VIDEO GURU CEMERLANG SMKSIK. PN FARIDAH YAACOB


https://www.youtube.com/watch?v=wcXNQxqyxpg   

PEMBELAJARAN MAYA KELAS 5ST5

 Pembelajaran Maya Pelajar Kelas 5ST5


Video tutoril kelas maya oleh guru yang diupload ke dalam kelas Google CLassroom untuk pelajar kelas 5ST5. Tujuannya supaya pelajar dapat mengikuti kelas secara maya di rumah.

sekiranya pelajar menghadapi kesukaran mengakss Google Classroom akibat capaian internet terlalu lemah, maka pelajar boleh mengakses video melalui link di bawah. 

Kita berusaha sedaya mampu untuk terus belajar dalam situasi internet yang terlalu lemah. selamat maju jaya.


Modul melalui Google Classroom.

Contoh penghasilan

MODUL05_PM06 

https://drive.google.com/drive/folders/0B1Ff3V_6iAIqfjRYZFQ4VWZfNlJQVFdBQ1pBYnZFeUktMXZaVU1TRGRHWmlaamVzTFpJLUU?usp=sharing 

 

 Contoh Penghasilan dan Tutorial Menghasilkan fail

MODUL05_PM07

 https://drive.google.com/drive/folders/1ddi-M0L6UajWpgfhCsGJDWjWyzavUDn5?usp=sharing 


Fail yang boleh diakses melalui Youtube dan Google Classroom

MODUL 06 ~ ANIMASI

Modul06_PM08 - Melukis Watak Avatar

https://www.youtube.com/watch?v=PtaSfxNAHQ8 

Modul06_PM08 - key proses dan in between

https://www.youtube.com/watch?v=q3b1j7W6BcA&t=590s  


UMUM

Didik TV Road To Success 2021 Produksi Multimedia

https://www.youtube.com/watch?v=Jk6d6sVkPOI 


Didik TV Road To Success 2020 Produksi Multimedia kertas 1

https://www.youtube.com/watch?v=I80BOCNmJe0  

SYAIR AMALAN KETIKA PANDEMIK OLEH PELAJAR SMKSIK

 Saksikan amalan pelajar SMK Sik mengawal pandemik dalam Syair Kelas Bestari Covid-19 Kita Mesti Menang.

KLIK LINK 


https://www.youtube.com/watch?v=nq9xOXoQ7wE 


Tuesday, May 11, 2021

KRS SMKSIK SAHUT CABARAN SIBER BADAN BERUNIFORM KE PERINGKAT NEGERI

 

KRS SEDIA SAHUT CABARAN SIBER KE PERINGKAT NEGERI

Tahun 2021, pandemik Covid-19 tidak menghalang unit beruniform KRS SMK Sik untuk menyahut cabaran Siber Unit Beruniform peringkat kebangsaan. Pada saat ini cabaran siber telahpun melangkah ke peringkat negeri. Tahniah kepada kaet KRS yang berjaya ke peringkat negeri. Bravo...

  

PERTANDINGAN AZAN (NEGERI)

Muhammad Zikril Hakim Bin Ahmad

040127020719

https://www.youtube.com/watch?v=yzBDe5TA-O0

  

VIDEO PERSONAL (NEGERI)

Ahmad Zahiruddin bin Zulkiffli

050213020175

Link : https://www.youtube.com/watch?v=l8ozweHK73o

  

LAGU PATRIOTIK (NEGERI)

Ayuni Balqis binti mohd saad

060303010164

Link:  https://www.youtube.com/watch?v=UaOizzrLYt4

 

VIDEO CABARAN SIBER KENAIKAN PANGKAT SARJAN


NUR SYAHIDA NAFISA BT HAIRUNIZAM

https://photos.app.goo.gl/mTDBmNt2VsEwzeJ4A

 

MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD AFFANDI

 https://www.youtube.com/watch?v=My76hxu-frE

  

 MUHAMMAD AKMAL SHAFIQ

 https://www.youtube.com/watch?v=LwT8Om9i2kw

  

AHMAD ZAHIRUDDIN BIN ZULKIFFLI

 https://www.youtube.com/watch?v=5g6YyGDdZV8

  

NUR ALYA DARWISYAH BT MOHD SUHAIMI

 https://www.youtube.com/watch?v=RvfYQXY9Nw4

Friday, April 9, 2021

MESYUARAT PIBG SMKSIK

 MESYUARAT PIBG SMKSIK KALI KE-45 DALAM NORMA BAHARU

Tanggal 8 April 2021 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Sik kali ke-45 tetap diadakan dalam norma baharu. Mesyuarat kali ini diadakan di dewan yang ditempah khas bagi membolehkan suasana penjarakan sosial lebih baik. Mesyuarat diadakan di dewan Kak Ayu kg Banggol Kiat. mesyuarat diadakan pada pukul 3 petang dan berakhir sekitar pukul 5 petang. Mesyuarat agung tahunan PIBG SMK Sik perlu diadakan bagi melantik Yang Dipertua PIBG baharu bagi menggantikan Allahyarham Cikgu Shukari yang telah kembali kerahmatullah pada tahun lepas. ALFATIHAH untuk arwah Cikgu Shukari yang banyak menabur jasanya sepanjang tempoh beliau memimpin PIBG SMK Sik. 

Selain melantik YDP Baharu, AJK bagi sesi 2021 - 2023 juga turut dilantik. Mesyuarat sebulat suara melantik Cikgu Nasaruddin Darus, NYDP bagi sesi 2019 - 2021 sebagai YDP bagi sesi 2021 - 2023. senarai penuh AJK adalah seperti senarai di bawah.


LINK ALBUM GAMBAR

Tuesday, April 6, 2021

SMKSIK SAPU BERSIH SEMUA KATOGERI KEJOHANAN PANTUN 2021

 PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT DAERAH SIK 2021

SMKSIK SAPU BERSIH SEMUA KATOGERI 

Tanggal 7 April 2021 - Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat Daerah Sik berlangsung secara dalam talian. Pusingan pertama SMK Sik bertemu dengan SMK Batu Lapan. SMK Sik berjaya ke pusingan separuh akhir bertemu dengan SMK Agama Sik. Tuah masih di tangan SMK Sik kerana berjaya melangkah ke pertandingan akhir setelah menewaskan SMKA Sik. 

Pertandingan akhir menemukan SMK Sik dengan SMK Jeneri. SMK Sik berjaya menjadi johan peringkat daerah Sik dengan menggondol kesemua katogeri yang dipertandingkan.


LINK ALBUM GAMBAR



LINK YOU TUBE  PERTANDINGAN AKHIR


LINK YOUTUBE   SMKSIK vs SMK BATU 8


LINK YOUTUBE  MEMPERKENALKAN PESERTA



VIDEO PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT AKHIR DAERAH SIK TAHUN 2021. PERTANDINGAN ANATARA SMK SIK DENGAN SMK JENERI. SMKSIK MENJADI JOHAN DENGAN MENYAPU BERSIH SEMUA KATOGERI.

1. PAKAIAN TERBAIK 2. PERSEMBAHAN TERBAIK 3. PEMANTUN TERBAIK (PEMANTUN PERTAMA) 4. JOHAN PERINGKAT DAERAH

Tahniah SMK Sik !

Monday, April 5, 2021

FEATURED POST

SMKSIK DARI UDARA

LIHAT VIDEO

POPULAR POST