Tanggal 9 Mei 2022 UBK SMK Sik telah menganjurkan Kampen Tangani Dan Jauhi Buli Peringkat Sekolah. Program diadakan di tapak perhimpunan sekolah bermula jam 7.20 pagi hingga 8.30 pagi. Jemputan khas ialah ASP Mohd. Shamsul Bahri bin Nawi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Sik diiringi kopral Tiara Rumaya dan Sarjah Rugayah. Majlis serba ringkas ini meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan pelajar melalui kisah teladan sebenar yang diceritakan sendiri oleh ASP Mohd. Syamsul Bahri. Beliau juga mendedahkan syeksyen-syeksyen yang melibatkan jenayah buli. SMK Sik merupakan sekolah pertama dalam daerah Sik memulai kempen ini pada sesi persekolahan 2022/2023.
LIHAT GAMBAR
https://photos.app.goo.gl/UigTN1iQ98CtYTA97
No comments:
Post a Comment