PELAWAT

Wednesday, September 16, 2020

MAJLIS PENYERAHAN PINJAMAN LAPTOP JPN KEPADA SMKSIK

 


AKTIVITI   : PINJAMAN LAPTOP  JPN KEPADA SMK SIK

TARIKH      : 14 September 2020

TEMPAT      : PEJABAT SMKSIK


        TERIMA KASIH atas keperihatinan JPN Kedah dan PPD daerah Sik yang perihatin terhadap masalah internet serta peralatan komputer di SMK Sik. Kunjungan hari ini bagi menyampaikan pinjaman laptop kepada SMK Sik. Kunjungan dan sumbangan laptop hari  ini merupakan susulan daripada lawatan pertama atas masalah talian interim yang terlalu lembab serta masalah peralatan komputer yang terlalu tua bagi makmal MPV SMK Sik.

        Kunjungan disertai oleh En. Ahmad Shahir bin Hj. Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan dan En. Zahari bin Awang, Penolong Pengarah Sumber dan Teknologi Pendidikan. Kunjungan turut disertai En Hasli bin Hussain, Penolong PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan serta En.Muhammad Taufik bin Roselan. Kunjungan bertujuan untuk penyerahan laptop bagi kegunaan pelajar SMK Sik serta meninjau untuk penyelesaian masalah komputer bilik MPV SMK Sik yang sudah uzur. Komputer makmal MPV telah rosak sepenuhnya dan perlukan penggantian. Besar harapan kami agar penggantian dapat dilakukan dengan kadar segera. Dalamkunjungan ini masalah talian interim yang terlalu lembab juga turut mendapat perhatian. 

         Terima kasih atas kunjungan tuan serta perhatia atas masalah yang kami hadapi.


 LAGI GAMBAR

KLIK DI SINI

BAR CODE




ASYURA PERPADUAN SMKSIK

 

AKTIVITI   :  KACAU BUBUR ASYURA

TARIKH      :  15 September 2020

TEMPAT      : SMKSIK


        Sambutan Awal Muharram disempurnakan dengan aktiviti kacau bubur asyura yang diadakan pada 15 September 2020 bersamaan 27 Muharram 1442 Hijrah. Sebanyak 7 kawah bubur asyura berjaya dikacaju padsa hari itu. Majlis bermula seawal 7.40 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Selepas PKP inilah majlis pertama diadakan di SMK Sik melibatkan guru, pelajar dan waris.  Majlis diadakan dengan  mematuhi SOP yang ditetapkan. Acara dilakukan dengan penglibatan beberapa orang guru yang bergilir-gilir mengacau bubur pada waktu tiada PDP. Beberapa pelajar kelas KPU turut terlibat dengan pembahagian tugas mengikut stesen seperti mengumpul bahan, menyediakan bahan dan peralatan serta mengacau bubur. Beberapa orang waris  juga turut dijemput. Pegawai perhubungan sekolah daripada IPD Sik juga turut mengambil bahagian dalam acara ini. Sesi PDP berjalan seperti biasa pada hari itu. 

        Sebanyak 7 kawah bubur asyura berjaya diagihkan kepada semua pelajar, guru, staf, pekerja  dan waris yang mengambil bahagian pada hari itu. Tahniah kepada SMK Sik yang berjaya menjalankan aktiviti kacau bubur asyura serta mematuhi SOP yang ditetapkan.  Selamat maju jaya.


LAGI  GAMBAR

KLIK UNTUK GAMBAR

BAR CODE 


FEATURED POST

SMKSIK DARI UDARA

LIHAT VIDEO

POPULAR POST