30 JANUARI 2020
Acara Tahunan merentas desa daerah sik berlangsung pada hari ini, 30 Januari 2020. Tahun 2020 merupakan tahun ke -2 SMK Sik menjadi tuan rumah merentas desa daerah Sik. Berbetulan PPD daerah Sik juga masuk tahun ke-2 beroperasi. Acara berlangsung secara sederhana namun meriah dengan sorakan guru-guru dan pelajar-pelajar memberi sokongan kepada pasukan masing-masing terutama pada garisan permulaan dan penamat acara. Acara bermula dan berakhir di padang SMK Sik. acara disertai oleh semua sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh daerah Sik. Acara dibahagikan kepada 6 katogeri iaitu L1, L2, P1, P2 untuk sekolah menengah manakala L3 dan P3 untuk sekolah rendah. Seramai 15 peserta daripada setiap katogeri terpilih sebagai pemenang. Johan bagi setiap katogeri akan mewakili daerah ke peringkat negeri.
Wednesday, January 29, 2020
Monday, January 20, 2020
ORENTASI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4
ORENTASI tingkatan 1 dan tingkatan 4 diadakan pada minggu ke-4 sesi persekolahan 2020. orentasi tingkatan 1 diadakan pada 19 dan 20 Januari manakala tingkatan 4 pula pada 21 Januari. Orentasi tingkatan 1 dan tingkatan 4 sengaja diadakan agak lewat pada tahun ini bagi memberi laluan mengatur strategi bersama pengetua baharu Tn Hj Rozlan Hamad yang mula bertugas di SMK Sik Pada 12 Januari 2020. antara tujuan orentaasi ini ialah bagi memperkenalkan budaya SMK Sik kepada pelajar tingkatan satu, memperkenalkan pakej mata pelajaran, disamping menyiapkan minda pelajar bagi menghadapi alam sekolah menengah. Bagi pelajar tingkatan empat pula, orentasi ini merupakan satu pencerahan awal minda untuk menghadapi SPM disamping memperkenalkan pakej mata pelajaran kepada para pelajar.
Pelajar-pelajar teruja mengikuti orentasi....
lagi .....
ATRIBUT TONGKAT WARRANT BERGEGAR KEMBALI
Atribut Tongkat Warrant, kembali bergegar dengan persembahan pelajar. Aktiviti di Atribut Tongkat Warrant yang dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar di bawah Akademi Tongkat Warrant ini telah memulakan aktiviti tahun 2020 pada minggu ini. atribut ini tidak pernah kering dengan persembahan pelajar seperti sajak, pidato, bercerita, syarahan, lakonan gurindam, syair, qasidah dan dan pelbagai persembahan kesenian dan bahasa.
Lagi .....
Mesyuarat Guru Pertama 2020 bersama Tn PPD
Selamat datang Tn PPD.
Pada 14 Januari 2020 pukul 2.30 petang berlangsung mesyuarat pertama guru-guru dan pentadbir SMK Sik bersama pengetua baharu Tn. Hj Rozlan Hamad. Mesyuarat turut dihadiri tu PPD Sik Tn. Hj Mokhtar bin Ahmad (BCK). Dalam ucapannya tuan PPD menekankan kebersamaan guru-guru dan pentadbir untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak khususnya dalam daerah Sik. Sebelum meninggalkan majlis Tn PPD juga sempat bersalaman dan beramah mesra dengan guru-guru SMK Sik.
Pada 14 Januari 2020 pukul 2.30 petang berlangsung mesyuarat pertama guru-guru dan pentadbir SMK Sik bersama pengetua baharu Tn. Hj Rozlan Hamad. Mesyuarat turut dihadiri tu PPD Sik Tn. Hj Mokhtar bin Ahmad (BCK). Dalam ucapannya tuan PPD menekankan kebersamaan guru-guru dan pentadbir untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak khususnya dalam daerah Sik. Sebelum meninggalkan majlis Tn PPD juga sempat bersalaman dan beramah mesra dengan guru-guru SMK Sik.
lagi ...........
Saturday, January 18, 2020
MESYUARAT AGUNG PIBG 2020
TARIKH : 15 JANUARI 2020
HARI : RABU
MASA : 2.30 PTG
TEMPAT : DEWAN IBNU SINA SMK SIK
PERASMI : PN. HJH ANIKHOH HUSDA BT KAMARUL ZAMAN
KLIK UNTUK LIHAT LEBIH LANJUT
HARI : RABU
MASA : 2.30 PTG
TEMPAT : DEWAN IBNU SINA SMK SIK
PERASMI : PN. HJH ANIKHOH HUSDA BT KAMARUL ZAMAN
KLIK UNTUK LIHAT LEBIH LANJUT
Sunday, January 12, 2020
2 GURU SMKSIK BERGABUNG BERSAMA ASASI
TAHNIAH.. ! kepada 2 orang guru SMK Sik yang berjaya memperoleh sijil tamat kursus Bengkel Penulisan Puisi Tahap Pertengahan anjuran Angkatan Sasterawan Kedah Yang Diadakan di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani baru-baru ini. Bengkel yang diadakan pada 11 Januari itu, membariskan penulis-penulis kedah dan terbuka kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang berminat. Ketua 2, Asasi Kedah, Encik Zaidin Abadi turut memeriahkan bengkel. Beliau juga berkenan untuk menyampaikan sijil kepada peserta pada akhir majlis. SMK Sik diwakili oleh En. Yusof Aziz yang juga merupakan ahli Asasi. Peserta lain ialah Pn Siti Rahiza bt Yusof yang turut serta mengisi borang keahlian. En. Yusof Aziz pernah menulis antologi Puisi bersama Asasi manakala pn. Rahiza telah banyak kali menghantar karya ke akhbar-akhbar tempatan.
Antara lain objektif bengkel ini adalah untuk mengetengahkan kepada masyarakat tentang ui bentuk sajak pascamoden, Menurunkan ilmu baharu tentang sajak pasca moden kpd murid, Menggalakkan murid yang berminat utk membina dan menghantar karya ke media perdana dan akhir sekali bertujuan bagi merapatkan jaringan antara pihak guru, sekolah dgn komuniti luar.
Encik Zaidin Abadi menyampaikan sijil kepada peserta SMK Sik
SELAMAT DATANG TN HJ ROZLAN
Kulawangsa SMK Sik mengucapkan selamat datang kepada Tn. Hj. Rozlan Hamad, sebagai pengetua baharu di SMK Sik. Pertukaran beliau ke SMK Sik merupakan kali ke tiga beliau melangkah kaki berkhidmat di sini, pertama sebagai guru biasa, kedua sebagai penolong kanan dan pada tahun 2020 ini beliau sekali lagi melangkah kaki berkhidmat di SMK Sik sebagai Pengetua pula. Beliau diarahkan bertugas di sini melalui pertukaran setara dengan Tn. Hj. Yusop Taib yang bertukar dari SMK Sik ke sekolah lama Tn. Hj. Rozlan, Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Tua. Besar harapan kami agar kehadiran beliau akan membuahkan pencapaian yang lebih cemerlang bagi SMK Sik pada masa akan datang. Sementara itu bagi Tn Hj. Yusop kami mengucapkan selamat berkhidmat dan selamat maju jaya di sekolah baharu beliau. Tn. Hj. Yusop Taib sempat berkhidmat selama 2 tahun di SMK Sik iaitu npada tahun 2018 - 2019.
Tn Hj Yusop Taib
Monday, January 6, 2020
TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT .....
Seluruh kulawangsa SMK Sik mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat sahabat-sahabat guru dari SMK Sik. Arahan Perkhidmatan untuk guru-guru terlibat disampaikan oleh tuan PPD daerah Sik Tn. Hj. Mokhtar bin Ahmad. Seramai 11 orang guru dari seluruh sekolah daerah Sik mendapat AP yang disampaikann sendiri oleh tuan PPD. Daripada jumlah tersebut seramai 3 orang guru dari SMKSik mendapat AP kenaikan pangkat manakala pertukaran setara seorang guru ke SMK Sik . Mereka yang terlibat ialah :-
Pn. Rousnani menerima AP daripada PPD Sik
Sunday, January 5, 2020
DUTA KECIL SMKSIK KE SIDANG DUN BELIA NEGERI KEDAH
Muhammad Nur Hisham bin Md. Harun (5SNU) sekali lagi menobatkan SMK Sik ke persada apabila terpilih sebagai wakil ke Sidang DUN Belia Neferi Kedah yang diadakan di Wisma Darul Aman hari ini (6 Januari 2020). beliau terpilih melalui ketokohan dalam bidang perbahasan dan pidato di mana pada tahun lepas beliau beberapa kali mengharumkan nama sekolah dengan menjadi juara sehingga ke peringkat kebangsaan.
2020 DISAMBUT DENGAN PENUH NOSTALGIA
Kedatangan tahun 2020 disambut dengan penuh nostalgia oleh kulawangsa SMK Sik. berita pertama SMK Sik mendapat 7 orang guru baharu yang berpindah masuk. Berita kedua ialah pertukaran keluar pengetua Tn. Hj. Yusop bin Taib, ke SMK Teloi Kanan. Manakala berita ketiga pula ialah pertukaran Masuk pengetua baharu Tn. Hj. Rozlan bin Hamad dari SMK Teloi Kanan. Kedua-dua mereka telah pun mendapat memo dari PPD Sik. Walau bagaimanapun pergerakan akan berlaku pada 12 Januari 2020 bagi memberi peluang kepada mereka menyelesaikan hal-hal pentadbiran. Tn. Hj. Rozlan pernah berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Sik suatu ketika dahulu. SELAMAT DATANG TUAN PENGETUA.
Thursday, December 19, 2019
TAKZIAH RUMAH IBU EN. TASNIM TERBAKAR
SELURUH WARGA SMKSIK turut berasa sedih dan berduka cita atas barita yang diterima kelmarin. Rumah ibu En. Tasnim di Kampung
Benggali, Seberang Pekan, 09100 Baling mengalami kebakaran. En. Tasnim merupakan pembantu makmal di SMK Sik dan bertugas sejak 2018. Walau bagaimanapun ibu En. Tasnim terselamat dalam kebakaran itu. Alhamdulillah. Warga SMK Sik turut mengumpul derma kilat bagi meringankan urusan keluarga En. Tasnim. Derma akan diserahkan pada hari ini 19. 12. 2019.
Berikut laporan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan kebakaran tersebut.
Berikut laporan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan kebakaran tersebut.
KEPUTUSAN PT3 2019 - SMKSIK CEMERLANG
|
|
|
PT3 2019 ~ TAHNIAH
SMKSIK CEMERLANG PT3 2019
|
|
|
Keputusan PT3 hari ini menyaksikan 3 orang pelajar mendapat 9A manakala seramai 12 orang calon mendapat 7A **. CGPA bagi sekolah pula meningkat kepada 2.36.
3 calon yang mendapat keputusan cemerlang 9A ialah Siti Nur Diana bt Mohd. Fadzil(9A), Mohd Iqbal bin Ramli (9A) dan Nur Diyanah Nasuha bt Mohd Nazroll (9A,1B). Paling nostalgia ialah Siti Nur Diana, penghuni rumah GEMILANG Sik yang mendapat 9A. Ibunya dalam linangan air mata terharu sungguh tidak menyangka bahawa anaknya antara pelajar paling cemerlang SMK Sik dalam keputusan PT3 hari ini. Beliau amat bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada semua guru yang mengajar dan membimbing anaknya.
TAHNIAH!
Siti Nur Diana Mohd. Fadzil ~ 9A
Mohd Iqbal bin Ramli ~ 9A
Wednesday, November 20, 2019
PERPISAHAN USTAZAH THAHIRAH
Setiap yang bermula pasti berakhir. Hari ini hari kesedihan buat warga SMK Sik yang mengucapkan selamat tinggal kepada Ustazah Thahirah yang berpindah untuk berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar. Ustazah Thahirah yang berkhidmat lebih kurang dua tahun di SMK Sik akan melapor diri di sekolah baharu pada januari tahun hadapan.
Ustazah Thahirah menerima cenderahati daripada KKGS
THE DOCTOR BOSS
The Doctor Boss : Tuan Pengetua En. Yusop Taib
sedang memeriksa tekanan darah
Ustaz Che Mohd. Redza Joned.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMKS 2019
Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Sik disambut meriah walaupun diadakan secara sederhana. Sambutan diadakan secara dua peringkat pada tarikh berbeza iaitu peringkat pertama pada 16 November 2019 diadakan perarakan Maulid. Manakala pada 20 November 2019 diadakan ceramah.
PENGETUA RAIKAN PELAJAR KEHADIRAN PENUH
TAHNIAH.....!
Tahniah dan terima kasih pelajar-pelajar SMK Sik yang hadir penuh sepanjang tahun. Sebanyak 71 orang pelajar mencipta rekod kehadiran penuh pada tahun ini. Tuan pengetua berbesar hati menyampaikan sijil dan cendera hati kepada pelajar-pelajar permata sekolah ini. Acara penyampaian sijil disempurnakan pada 20 November 2019 semasa perhimpunan pagi.
LIHAT GAMBAR
Tahniah dan terima kasih pelajar-pelajar SMK Sik yang hadir penuh sepanjang tahun. Sebanyak 71 orang pelajar mencipta rekod kehadiran penuh pada tahun ini. Tuan pengetua berbesar hati menyampaikan sijil dan cendera hati kepada pelajar-pelajar permata sekolah ini. Acara penyampaian sijil disempurnakan pada 20 November 2019 semasa perhimpunan pagi.
LIHAT GAMBAR
Monday, November 18, 2019
MOGA TERUS BERJAYA KELAS 4PM
Hadiah galakan untuk pelajar 4PM
Seramai 5 pelajar kelas 4PM mendapat sumbangan berupa wang tunai daripada guru kelas mereka sebagai hadiah galakan atas pencapaian menggalakkan dalam peperiksaan akhir tahun 2019.
seramai 5 orang pelajar mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Produksi Multimedia mendapat hadiah berupa wang tunai. Menurut guru kelas 4PM, hadiah ini bertujuan untuk memberi semangat berlumba-lumba untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam kelas tersebut.
Kelima-lima pelajar tersebut ialah
Seramai 5 pelajar kelas 4PM mendapat sumbangan berupa wang tunai daripada guru kelas mereka sebagai hadiah galakan atas pencapaian menggalakkan dalam peperiksaan akhir tahun 2019.
seramai 5 orang pelajar mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Produksi Multimedia mendapat hadiah berupa wang tunai. Menurut guru kelas 4PM, hadiah ini bertujuan untuk memberi semangat berlumba-lumba untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam kelas tersebut.
Kelima-lima pelajar tersebut ialah
| 1. NUR ZULAIKHA BIN MOHD SUKHI |
| 2. SITI NUR ASYIRAH BINTI ZAKARIA |
| 3. UMI AZZIRA BINTI ZAKARIA |
| 4. ATIQAH BINTI RAZALI |
| 5. FAIZ AIMAN AMIR BIN JUAYNI |
Wednesday, November 13, 2019
SMK Sik ke-3 Kebangsaan PERTANDINGAN VIDEO EKSPLORASI MINAT KERJAYA
Bakat terpendam hanya terungkap apabila melihat hasil. Pelajar-pelajar SMK Sik sememangnya mempunyai bakat dan kreativiti tersendiri. Hal demikian ini terbukti melalui hasil kreatif video pendek beberapa pelajar yang akhirnya dinobatkan tempat ke-3 peringkat kebangsaan dalam pertandingan Video Eksplorasi Minat Kerjaya yang berlangsung di IUKL pada 13 November 2019.
Tahniah kepada pelajar-pelajar yang bertungkus-lumus menghasilkan video kreatif ini sehingga menghasilkan kejayaan dalam pertandingan ini
1. NUR HAZWANI BINTI MARZUKHI 4 SK
2. MOHAMMAD AIMAN HAKIM 4 SK
3. FATIHAH ADILAH 4 SK
4. MOHAMAD SAFIY KHUZAIRI 4 SK
5. UMMI UMAIRAH 4 SAK
Tahniah juga kepada kedua-dua kaunselor pembimbing
1. PN. MUSLIANA BT TALIB
2. PN AISHAH BT MAT ISA
LIHAT VIDEO
LAGI LIHAT GAMBAR-GAMBAR
Tahniah kepada pelajar-pelajar yang bertungkus-lumus menghasilkan video kreatif ini sehingga menghasilkan kejayaan dalam pertandingan ini
1. NUR HAZWANI BINTI MARZUKHI 4 SK
2. MOHAMMAD AIMAN HAKIM 4 SK
3. FATIHAH ADILAH 4 SK
4. MOHAMAD SAFIY KHUZAIRI 4 SK
5. UMMI UMAIRAH 4 SAK
Tahniah juga kepada kedua-dua kaunselor pembimbing
1. PN. MUSLIANA BT TALIB
2. PN AISHAH BT MAT ISA
LIHAT VIDEO
LAGI LIHAT GAMBAR-GAMBAR
Subscribe to:
Posts (Atom)
FEATURED POST
POPULAR POST
-
Acara : Sambutan Hari guru dan hari raya Tarikh : 16 Mei 2022 Tempat : Perkarangan sekolah Pada tahun ini majlis s...
-
"KALAU KEPUTUSAN SPM 2021 SMK SIK MENINGKAT PADA TAHUN INI, KITA AKAN SEMBELIH LEMBU, " Hari ini tanggal 7 Ogos 2022, Pengetua Ce...
-
PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT DAERAH SIK 2021 SMKSIK SAPU BERSIH SEMUA KATOGERI Tanggal 7 April 2021 - Pertandingan Berbalas Pan...
-
TARIKH : 12 MEI 2022 ACARA : MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH MASA : 8.00 pagi Setelah dua tahun berehat daripada sebarang akti...
-
AKTIVITI : SUKAN PERINGKAT SEKOLAH TARIKH : 28 MEI 2022 (SABTU) TEMPAT : PADANG SMK SIK Setelah 2 tahun berehat d...
-
HARI INI, ISNIN 4 JULAI 2022, Bermulalah sukan MSSD Daerah Sik selama 3 hari berakhir pada hari Khamis, 6 Julai 2022. Penyumbang p...
-
TARIKH : 6 JANUARI 2020 MASA : 8.00 pg TEMPAT : PADANG SMKSIK LIHAT BERITA SELANJUTNYA
-
Majlis persaraan Cg Fauzi Mat Ribu diadakan secara meriah dalam perkarangan SMK Sik. Cg FAUZI memilih persaraan secara pilihan pada 1 O...
-
PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang SMK Sik, Tn. Hj. Rozlan Hamta pada 1 Jun 2022. Acara secara ...


























