"KALAU KEPUTUSAN SPM 2021 SMK SIK MENINGKAT PADA TAHUN INI, KITA AKAN SEMBELIH LEMBU, "
Hari ini tanggal 7 Ogos 2022, Pengetua Cemerlang SMK Sik telah mengotakan janjinya. Hari ini diadakan jamuan kenduri perdana SMK Sik. Semua pelajar makan kenduri sebelum pulang sekolah. Pada hari ini juga bukan seekor tetapi dua ekor lembu telah dikorbankan.
Guru-guru dengan bantuan pekerja dan PIBG telah bertungkus lumus bergotong- royong menyembelih lembu, melapah dan memotong daging serta menyediakan gulai daging bercampur rias pisang iaitu masakan tradisi daerah Sik. sebelum pulang para guru dan pelajar berjamu selera.
Gambar-gambar majlis penyembelihan lembu sila klik link : https://photos.app.goo.gl/4HR2zzMRYpxJpQQ5A