MESYUARAT AGUNG PIBG KE-46 SMK SIK 31.3.2022
Mesyuarat dimulai dengan doa oleh Ustaz Mohd Shukri Jusoh serta diaminkan oleh hadirin. Seterusnya ucapan oleh Pn. Hamidah Hassan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sik mewakili pengetua yang tidak dapat hadir kerana kuarantin. En. Nasaruddin Darus selaku pengerusi PIBG seterusnya berucap bagi pihak PIBG.
Acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, Ahli Parlimen Sik. Dalam ucapannya YB mengingatkan tentang kepentingan pendidikan terutamanya pada era kini yang kian mencabar. Beliau juga mengucaptan tahniah kepada ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak dengan jaya walaupun menghadapi pelbagai kepayahan terutama dalam era pandemik ini.
Mesyuarat berakhir lebih kurang pada pukul 5.30 petang. sebelum beredar para waris dibekalkan denganbungkusan makanan ringan serta bungkusan gula dan tepung sebagai oleh-oleh daripada pihak sekolah. Mesyuarat kali ini berjaya membawa usul agar bayaran yuran diputuskan pada mesyuarat kali ini digunapakai bagi dua tahun berturut-turut iaitu bagi sesi pembelajaran 2022 dan 2023.
alhamdulillah.