PELAWAT

Friday, April 9, 2021

MESYUARAT PIBG SMKSIK

 MESYUARAT PIBG SMKSIK KALI KE-45 DALAM NORMA BAHARU

Tanggal 8 April 2021 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Sik kali ke-45 tetap diadakan dalam norma baharu. Mesyuarat kali ini diadakan di dewan yang ditempah khas bagi membolehkan suasana penjarakan sosial lebih baik. Mesyuarat diadakan di dewan Kak Ayu kg Banggol Kiat. mesyuarat diadakan pada pukul 3 petang dan berakhir sekitar pukul 5 petang. Mesyuarat agung tahunan PIBG SMK Sik perlu diadakan bagi melantik Yang Dipertua PIBG baharu bagi menggantikan Allahyarham Cikgu Shukari yang telah kembali kerahmatullah pada tahun lepas. ALFATIHAH untuk arwah Cikgu Shukari yang banyak menabur jasanya sepanjang tempoh beliau memimpin PIBG SMK Sik. 

Selain melantik YDP Baharu, AJK bagi sesi 2021 - 2023 juga turut dilantik. Mesyuarat sebulat suara melantik Cikgu Nasaruddin Darus, NYDP bagi sesi 2019 - 2021 sebagai YDP bagi sesi 2021 - 2023. senarai penuh AJK adalah seperti senarai di bawah.


LINK ALBUM GAMBAR

Tuesday, April 6, 2021

SMKSIK SAPU BERSIH SEMUA KATOGERI KEJOHANAN PANTUN 2021

 PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT DAERAH SIK 2021

SMKSIK SAPU BERSIH SEMUA KATOGERI 

Tanggal 7 April 2021 - Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat Daerah Sik berlangsung secara dalam talian. Pusingan pertama SMK Sik bertemu dengan SMK Batu Lapan. SMK Sik berjaya ke pusingan separuh akhir bertemu dengan SMK Agama Sik. Tuah masih di tangan SMK Sik kerana berjaya melangkah ke pertandingan akhir setelah menewaskan SMKA Sik. 

Pertandingan akhir menemukan SMK Sik dengan SMK Jeneri. SMK Sik berjaya menjadi johan peringkat daerah Sik dengan menggondol kesemua katogeri yang dipertandingkan.


LINK ALBUM GAMBAR



LINK YOU TUBE  PERTANDINGAN AKHIR


LINK YOUTUBE   SMKSIK vs SMK BATU 8


LINK YOUTUBE  MEMPERKENALKAN PESERTA



VIDEO PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT AKHIR DAERAH SIK TAHUN 2021. PERTANDINGAN ANATARA SMK SIK DENGAN SMK JENERI. SMKSIK MENJADI JOHAN DENGAN MENYAPU BERSIH SEMUA KATOGERI.

1. PAKAIAN TERBAIK 2. PERSEMBAHAN TERBAIK 3. PEMANTUN TERBAIK (PEMANTUN PERTAMA) 4. JOHAN PERINGKAT DAERAH

Tahniah SMK Sik !

Monday, April 5, 2021

UCAPAN RINGKAS PENUH SYAHDU PERSARAAN USTAZAH SHAKIRAH

UCAPAN RINGKAS PENUH SYAHDU PERSARAAN USTAZAH SHAKIRAH HARUN  

PADA 21 MAC 2021



ALBUM GAMBAR

SOP DAN UCAPAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2021

đź‘ŤVIDEO SOP DAN UCAPAN PEMBUKAAN SEKOLAH PADA 4 APRIL 2021 đź‘Ť



SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KUKAWANGSA SMKSIK

KEHADIRAN DAN PENYURAIAN PELAJAR 4/4/2021

 


SOP KEHADIRAN DAN PENYURAIAN PELAJAR 4/4/2021


                4 April 2021, kulawangsa SMK Sik kembali semula ke sekolah. Kembali semula ke sekolah setelah sekian lama bercuti amat menerujakan bagi pelajar-pelajar. Percutian yang terpaksakan akibat pandemik Covid -19. Kembali semula ke sekolah dalam keadaan norma baharu. Walaupun pada awalnya agak sedikit rasa kesukaran bagi membiasakan diri, namun kebiasaan atau norma baharu ini tetap ditempuh dengan jayanya.

Keseluruhan perjalanan pembukaan sekolah keberadaan pelajar di sekolah sehinggalah penyuraian pelajar berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Pihak polis dan wakil JPN yang turut serta berkampung di perkarangan sekolah turut berpuas hati dengan perjalanan hari pertama persekolahan bagi tahun 2021 ini. Sekalung penghargaan kepada kulawangsa SMK Sik yang mendukung cita-cita negara bagi menghalang penularan wabak covid-19 dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. TAHNIAH SMK SIK.


KLIK DI SINI UNTUK ALBUM GAMBAR 

KLIK UNTUK DOKUMENTASI

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Assalam dan salam sejahtera

DAPATAN PEMANTAUAN DARI JPN DAN PIHAK POLIS HARI INI(4/4/2021)

Makluman yg boleh kita berkongsi bersama.

1. Secara keseluruhannya operasi pembukaan sek.mengikut sop 2.0 memuaskan dan dlm keadaan terkawal..

2.Terdapat guru2 yg mengawal pergerakan pelajar di kantin..koperasi..tempat parkir motosikal lelaki dan perempuan..tempat mengambil suhu..

3..Guru2 berada dalam kelas pada waktu pertama

4. Pelajar2 mempunyai meja dan kerusi dan pelan kedudukan dlm kelas..

5.Proses penyuraian pelajar teratur..terdapat bacaan doa dan pengumuman kepada pelajar secara berperingkat..terima kasih cg.Fodziđź‘Ť

6.Terima kasih dan tahniah cg2 yg bertugas pada hari ini.

7. Kaedah pelajar makan di dalam kelas masing2 boleh dibaiki lagi.

8. Guru2 boleh tidak membenarkan waris atau org luar masuk ke kaw.sek..jika tidak ada hal kecemasan. waris boleh tunggu di luar kaw.sek utk mengambil anak waktu pulang.. Insyaalah kita sama2 baiki utk hari2 seterusnya.

9.Terima kasih cg2..guru2 dan staf boleh hantar gambar dlm telegram ALBUM SMK SIK

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))



FEATURED POST

SMKSIK DARI UDARA

LIHAT VIDEO

POPULAR POST