PELAWAT

Wednesday, January 29, 2020

SMKSIK TUAN RUMAH MERENTAS DESA DAERAH

30 JANUARI 2020

Acara Tahunan merentas desa daerah sik berlangsung pada hari ini, 30 Januari 2020. Tahun 2020  merupakan tahun ke -2 SMK Sik menjadi tuan rumah merentas desa daerah Sik. Berbetulan PPD daerah Sik juga masuk tahun ke-2 beroperasi. Acara berlangsung secara sederhana namun meriah dengan sorakan guru-guru dan pelajar-pelajar memberi sokongan kepada pasukan masing-masing terutama pada garisan permulaan dan penamat acara. Acara bermula dan berakhir  di padang SMK Sik. acara disertai oleh semua sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh daerah Sik. Acara dibahagikan kepada 6 katogeri iaitu L1, L2, P1, P2 untuk sekolah menengah manakala L3 dan P3 untuk sekolah rendah. Seramai 15 peserta daripada setiap katogeri terpilih sebagai pemenang. Johan bagi setiap katogeri akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

Monday, January 20, 2020

ORENTASI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

ORENTASI tingkatan 1 dan tingkatan 4 diadakan pada minggu ke-4 sesi persekolahan 2020. orentasi tingkatan 1 diadakan pada 19 dan 20 Januari manakala tingkatan 4 pula pada 21 Januari. Orentasi tingkatan 1 dan tingkatan 4 sengaja diadakan agak lewat pada tahun ini bagi memberi laluan mengatur strategi bersama pengetua baharu Tn Hj Rozlan Hamad yang mula bertugas di SMK Sik Pada 12 Januari 2020. antara tujuan orentaasi ini ialah bagi memperkenalkan budaya SMK Sik kepada pelajar tingkatan satu, memperkenalkan pakej mata pelajaran, disamping menyiapkan minda pelajar bagi menghadapi alam sekolah menengah. Bagi pelajar tingkatan empat pula, orentasi ini merupakan satu pencerahan awal minda untuk menghadapi SPM disamping memperkenalkan pakej mata pelajaran kepada para pelajar.

 Pelajar-pelajar teruja mengikuti orentasi....

lagi .....

ATRIBUT TONGKAT WARRANT BERGEGAR KEMBALI

Atribut Tongkat Warrant, kembali bergegar dengan persembahan pelajar. Aktiviti  di Atribut Tongkat Warrant yang dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar di bawah Akademi Tongkat Warrant ini telah memulakan aktiviti tahun 2020 pada minggu ini. atribut ini tidak pernah kering dengan persembahan pelajar seperti sajak, pidato, bercerita, syarahan, lakonan gurindam, syair, qasidah dan dan pelbagai persembahan kesenian dan bahasa.

Lagi .....


Mesyuarat Guru Pertama 2020 bersama Tn PPD

Selamat datang Tn PPD.
Pada 14 Januari 2020 pukul 2.30 petang berlangsung mesyuarat pertama guru-guru dan pentadbir SMK Sik bersama pengetua baharu Tn. Hj Rozlan Hamad. Mesyuarat turut dihadiri tu PPD Sik Tn. Hj Mokhtar bin Ahmad (BCK). Dalam ucapannya tuan PPD menekankan kebersamaan guru-guru dan pentadbir untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak khususnya dalam daerah Sik. Sebelum meninggalkan majlis Tn PPD juga sempat bersalaman dan beramah mesra dengan guru-guru SMK Sik.

 lagi ...........

Saturday, January 18, 2020

MERENTAS DESA SMKSIK 2020

TARIKH : 16 JANUARI 2020
HARI      : KHAMIS
MASA     : 8.00 PAGI




KLIK UNTUK LIHAT LEBIH LANJUT



MESYUARAT AGUNG PIBG 2020

TARIKH   :  15 JANUARI 2020
HARI        :  RABU
MASA       :  2.30 PTG
TEMPAT    : DEWAN IBNU SINA SMK SIK
PERASMI  : PN. HJH ANIKHOH HUSDA BT KAMARUL ZAMAN


KLIK UNTUK LIHAT LEBIH LANJUT

Sunday, January 12, 2020

2 GURU SMKSIK BERGABUNG BERSAMA ASASI


TAHNIAH.. ! kepada 2 orang guru SMK Sik yang berjaya memperoleh sijil tamat kursus Bengkel Penulisan Puisi Tahap Pertengahan anjuran Angkatan Sasterawan Kedah Yang Diadakan di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani baru-baru ini. Bengkel yang diadakan pada 11 Januari itu, membariskan penulis-penulis kedah dan  terbuka kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang berminat. Ketua 2, Asasi Kedah, Encik Zaidin Abadi turut memeriahkan bengkel. Beliau juga berkenan untuk menyampaikan sijil kepada peserta pada akhir majlis. SMK Sik diwakili oleh En. Yusof Aziz yang juga merupakan ahli Asasi. Peserta lain ialah Pn Siti Rahiza bt Yusof yang turut serta mengisi borang keahlian. En. Yusof Aziz pernah menulis antologi Puisi bersama Asasi manakala pn. Rahiza telah banyak kali menghantar karya ke akhbar-akhbar tempatan.

           Antara lain objektif bengkel ini adalah untuk mengetengahkan kepada masyarakat tentang ui bentuk sajak pascamoden,  Menurunkan ilmu baharu tentang sajak pasca moden kpd murid, Menggalakkan murid yang berminat utk membina dan menghantar karya ke media perdana dan akhir sekali bertujuan bagi merapatkan jaringan antara pihak guru, sekolah dgn komuniti luar.





 Encik Zaidin Abadi menyampaikan sijil kepada peserta SMK Sik

































SELAMAT DATANG TN HJ ROZLAN

Kulawangsa SMK Sik mengucapkan selamat datang kepada Tn. Hj. Rozlan Hamad, sebagai pengetua baharu di SMK Sik. Pertukaran beliau ke SMK Sik merupakan kali ke tiga beliau melangkah kaki berkhidmat di sini, pertama sebagai guru biasa, kedua sebagai penolong kanan dan pada tahun 2020 ini beliau sekali lagi melangkah kaki berkhidmat di SMK Sik sebagai Pengetua pula. Beliau diarahkan bertugas di sini melalui pertukaran setara dengan Tn. Hj. Yusop Taib yang bertukar dari SMK Sik ke sekolah lama Tn. Hj. Rozlan, Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Tua. Besar harapan kami agar kehadiran beliau akan membuahkan pencapaian yang lebih cemerlang bagi SMK Sik pada masa akan datang. Sementara itu bagi Tn Hj. Yusop kami mengucapkan selamat berkhidmat dan selamat maju jaya di sekolah baharu beliau. Tn. Hj. Yusop Taib sempat berkhidmat selama 2 tahun di SMK Sik iaitu npada tahun 2018 - 2019.
Tn Hj Yusop Taib

Monday, January 6, 2020

TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT .....


Seluruh kulawangsa SMK Sik mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat sahabat-sahabat guru dari SMK Sik. Arahan Perkhidmatan untuk guru-guru terlibat disampaikan oleh tuan PPD daerah Sik Tn. Hj. Mokhtar bin Ahmad. Seramai 11 orang guru dari seluruh sekolah daerah Sik mendapat AP  yang disampaikann sendiri oleh tuan PPD. Daripada jumlah tersebut seramai 3 orang guru dari SMKSik mendapat AP kenaikan pangkat manakala pertukaran setara seorang guru ke SMK Sik . Mereka yang terlibat ialah :-


Pn. Rousnani menerima AP daripada PPD Sik 


Sunday, January 5, 2020

DUTA KECIL SMKSIK KE SIDANG DUN BELIA NEGERI KEDAH

Muhammad Nur Hisham bin Md. Harun (5SNU) sekali lagi menobatkan SMK Sik ke persada apabila terpilih sebagai wakil ke Sidang DUN Belia Neferi Kedah yang diadakan di Wisma Darul Aman hari ini (6 Januari 2020). beliau terpilih melalui ketokohan dalam bidang perbahasan dan pidato di mana pada tahun lepas beliau beberapa kali mengharumkan nama sekolah dengan menjadi juara sehingga ke peringkat kebangsaan. 


2020 DISAMBUT DENGAN PENUH NOSTALGIA

Kedatangan tahun 2020 disambut dengan penuh nostalgia oleh kulawangsa SMK Sik. berita pertama SMK Sik mendapat 7 orang guru baharu yang berpindah masuk. Berita kedua ialah pertukaran keluar pengetua Tn. Hj. Yusop bin  Taib, ke SMK Teloi Kanan. Manakala berita ketiga pula ialah pertukaran Masuk pengetua baharu Tn. Hj. Rozlan bin Hamad dari SMK Teloi Kanan. Kedua-dua mereka telah pun mendapat memo dari PPD Sik. Walau bagaimanapun pergerakan akan berlaku pada 12 Januari 2020 bagi memberi peluang kepada mereka menyelesaikan hal-hal pentadbiran. Tn. Hj. Rozlan pernah berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Sik suatu ketika dahulu. SELAMAT DATANG TUAN PENGETUA.

FEATURED POST

SMKSIK DARI UDARA

LIHAT VIDEO

POPULAR POST