SELURUH WARGA SMKSIK turut berasa sedih dan berduka cita atas barita yang diterima kelmarin. Rumah ibu En. Tasnim di Kampung
Benggali, Seberang Pekan, 09100 Baling mengalami kebakaran. En. Tasnim merupakan pembantu makmal di SMK Sik dan bertugas sejak 2018. Walau bagaimanapun ibu En. Tasnim terselamat dalam kebakaran itu. Alhamdulillah. Warga SMK Sik turut mengumpul derma kilat bagi meringankan urusan keluarga En. Tasnim. Derma akan diserahkan pada hari ini 19. 12. 2019.
Berikut laporan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan kebakaran tersebut.
LINK BERTEMA
▼
Thursday, December 19, 2019
KEPUTUSAN PT3 2019 - SMKSIK CEMERLANG
|
PT3 2019 ~ TAHNIAH
SMKSIK CEMERLANG PT3 2019
|
|
Keputusan PT3 hari ini menyaksikan 3 orang pelajar mendapat 9A manakala seramai 12 orang calon mendapat 7A **. CGPA bagi sekolah pula meningkat kepada 2.36.
3 calon yang mendapat keputusan cemerlang 9A ialah Siti Nur Diana bt Mohd. Fadzil(9A), Mohd Iqbal bin Ramli (9A) dan Nur Diyanah Nasuha bt Mohd Nazroll (9A,1B). Paling nostalgia ialah Siti Nur Diana, penghuni rumah GEMILANG Sik yang mendapat 9A. Ibunya dalam linangan air mata terharu sungguh tidak menyangka bahawa anaknya antara pelajar paling cemerlang SMK Sik dalam keputusan PT3 hari ini. Beliau amat bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada semua guru yang mengajar dan membimbing anaknya.
TAHNIAH!
Siti Nur Diana Mohd. Fadzil ~ 9A
Mohd Iqbal bin Ramli ~ 9A