Tanggal 31 Oktober 2019 merupakan tarikh bersejarah kerpada Cg Ahmad Sobri kerana pada tarikh keramat ini beliau menamatkan perkhidmatan sebagai seorang guru di SMK Sik kerana bersara pada usia 58 tahun. Beliau tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata tatkala lambaian akhir oleh pelajar selepas mengetip kad perakam waktu sebagai tanda mengakhiri tugas beliau. Majlis berlangsung secara sederhana dengan jamuan di bilik guru, ucapan dan lambaian akhir.
LINK BERTEMA
▼
Thursday, October 31, 2019
SEKALUNG TAKZIAH KEPADA MURSYID DAN MUSLIHAH
Takziah diucapkan kepada pelajar kita MUHAMMAD MURSYID NAQI BIN HAMZAH (5SN1) dan adiknya MUSLIHA HUSNA BINTI HAMZAH (2DLP) atas kembalinya ibu tersayang, Fauziah Yob ke rahmatullah pada hari selasa 29.10.2019 yang lepas akibat serangan jantung. Harap kedua-dua pelajar ini tabah menghadapi ujian Allah. Semoga Allah memudahkan urusan keluarga ini. Amin...
Cg. Khuiruddin menyampaikan sumbangan daripada tabung penyayang SMK Sik kepada Cg Hamzah
Wednesday, October 30, 2019
SELAMAT PENGANTIN BARU BRO NAJIB
Pihak Admin dan seluruh warga SMK Sik mengucapkan tahniah kepada Cg Mohd Najib yang telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan sempena cuti Deepavali baru-baru ini. Semoga rumah tangga mereka kekal hingga ke jannah.
Saturday, October 12, 2019
KURSUS GOOGLE CLASSROOM
KURSUS GOOGLE CLASSROOM
TARIKH : 13 OKTOBER 2019
TEMPAT : MAKMAL ICT SMK SIK
Seramai 33 orang pelajar dan 8 orang guru telah mengikuti kursus Google classroom di SMK Sik hari ini. kursus anjuran PKG Sik ini disertai oleh lapan buah sekolah iaitu SK Seri Dusun, SK Sik Dalam, SK Chepir, SK Sik, SK Hujung Bandar, SMK Seri Enggang, SMK Chepir,dan SMK Sik sebagai tuan rumah.
TARIKH : 13 OKTOBER 2019
TEMPAT : MAKMAL ICT SMK SIK
Seramai 33 orang pelajar dan 8 orang guru telah mengikuti kursus Google classroom di SMK Sik hari ini. kursus anjuran PKG Sik ini disertai oleh lapan buah sekolah iaitu SK Seri Dusun, SK Sik Dalam, SK Chepir, SK Sik, SK Hujung Bandar, SMK Seri Enggang, SMK Chepir,dan SMK Sik sebagai tuan rumah.